PESANAN AKHIR TUNKU ABDUL RAHMAN


Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama Malaysia telah meninggalkan kita wasiat kata yang boleh dijadikan iktibar sehingga hari ini. Tidak kira haluan politik, perbezaan agama atau kaum, perpaduan itu bukan hanya hak kita yang diberi tapi tanggungjawab yang harus sentiasa dilaksanakan. Ini adalah amanat kita.

Di sini tertera kata-kata hikmah pemimpin kita yang melahirkan kemerdekaan untuk kita. Kata-kata yang harus diwasiatkan kepada anak cucu kita.

“Malaysia tidak ada rakyat kelas satu atau dua. Setiap rakyat yang tinggal di negara ini menikmati hak dan layanan yang sama yang diberikan oleh kerajaan”.

“Orang Cina dan India diseru mendidik anak masing-masing supaya benar-benar mencintai negeri ini dan ibubapa Melayu jangan menanamkan semangat dikalangan anak-anak mereka untuk membenci kaum-kaum lain”

“Demokrasi, selain daripada memberi kebebasan juga berhendakkan pengorbanan”.

“Tiada siapa pun yang dapat percaya bahawa negara yang mempunyai satu masyarakat yang berbilang bangsa seperti negara kita boleh membentuk satu dasar yang boleh membawa kebahagiaan, kesentosaan dan perpaduan di kalangan penduduk-penduduk dan taat setia terhadap Raja dan Negara”.

“Sebuah negara yang tidak mempunyai Bahasa kebangsaan akan selalu berpecah belah, serupalah dengan sebuah rumah yang selalu berpecah tidak akan dapat berdiri teguh”

Jika kita berpegang teguh kepada kata-kata Tunku maka sudah pasti Malaysia sebagai sebuah negara dan kita sebagai rakyatnya akan dapat berdiri sepadu dan teguh sentiasa tanpa mengenal batasan etnik, agama atau politik.

INI ADALAH PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, BUMI MALAYA, TEMPAT TUMPAHNYA DARAH DARAHKU. TEMPAT TERBITNYA REZEKI KU, TEMPAT KU CURAHKAN KASIHKU, TEMPAT HEMBUSAN AKHIR KU. DI BUMI BERTUAH INI JUGALAH TANAH PENGEMBUMIAN AKU. AKU MALAYSIA SELAMANYA. 

TOK BECOK.

Post a Comment

0 Comments