PPBM Bersatu Dengan UMNO?

Sumber: Mukhriz Mahathir

Apa kena dengan nama? Sekali imbas kita mungkin tak nampak yang nama PPBM dan UMNO sebenarnya terdiri dari perkataan-perkataan yang sama. Perbezaan adalah sekadar bahasa.

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA jika dialih bahasa mungkin akan menjadi UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION

PARTI untuk ORGANISATION, PRIBUMI untuk MALAY, BERSATU untuk UNITED dan NATIONAL untuk MALAYSIA.

Ini mungkin satu kebetulan atau memang ada makna tersirat. Yang tu tak payahlah kita buat spekulasi lagi tapi apa yang nyata-nyata pasti adalah parti-parti Melayu kini makin mendekatkan diri sesama sendiri.

Tidak seperti Zahid Komedi atau Hadi Bawang, Tun Mahathir dikenali sebagai strategist ulung di serata dunia. Setiap tindakan beliau mempunyai matlamat strategik. Beliau tidak hanya bersuara tapi selalunya berfikir sebelum bercakap. Jadi persoalannya apakah strategi Tun Mahathir untuk Malaysia pada masa kini?

Makin hari makin rancak spekulasi tentang status parti-parti Melayu di Malaysia. Mulannya dengan Muafakat Nasional, dengan Pergerakan Ummah dan di ikuti pula dengan Kongress Maruah Melayu yang melahirkan lebih banyak tanda tanya dari jawapan. Ramai diantara kaum Melayu dari pelbagai lapisan mula menanyakan soalan cepu emas. APA YANG AKAN JADI SETERUSNYA?

Bila selfie diambil seperti selfie diatas, kita diminta JANGAN MEMBUAT SPEKULASI. Tapi inilah lumrah manusia. Bila di suruh JANGAN, kehendak untuk MEMBUAT akan lebih membuak. Mulalah, taufan spekulasi melanda bumi kita dengan pelbagai soalan yang TIDAK sejajar dengan sistem elektorat. Isu seperti kontroversi meminta Perdana Menteri menyingkirkan parti-parti yang dipilih rakyat sudah menjadi kebiasaan.

Terjadi juga mesyuarat-mesyuarat rahsia. Mesyuarat parti pula ada yang tidak menghadirkan diri. Abang Ngah cuba menepikan Abang Long, pemimpin agama menyokong perjuangan LTTE dan macam-macam lagi yang tak boleh diterima akal, MEMARAKKAN LAGI API SPEKULASI.

Bibit-bibit perpecahan bukan hanya berlaku dalam UMNO tetapi juga didalam PKR menjadi semakin ketara. Ini amat membimbangkan kerana perpaduan Melayu semakin rapuh. Kini mereka mencampak tepi hal-ehwal bangsa semata-mata untuk mengejar impian mereka. Situasi politikus atau POLITIK TIKUS tak tahulah.

Sampai ke tahap ramai antara kita menepuk dahi dan mula bertanya….AMENDE NI?

Hishamuddin Hussein baru-baru ini mengatakan yang beliau tidak akan sesama sekali  menyertai PPBM tetapi kini bertindak seperti ‘free agent’ yang makin hari makin kurang akur kepada kehendak serta keinginan Presiden UMNO. Beliau seperti giat menjuangkan perpaduan Melayu tanpa mengira batasan politik atau kehendak Zahid Komedi.

PAS pula seharusnya risau. Jika PPBM bersatu dengan UMNO adakah PAS akan dipinggirkan seperti seorang isteri lama? Adakah Muafakat ini juga akan dianggotai perpecahan lain dari parti komponen kerajaan kini?

Zahid Hamidi pula seperti kera kena belacan melatah tentang PENGKHIANAT UMNO dengan tiba-tiba. Soalannya kenapa sekarang dan kenapa tiba-tiba? Sudahkah wujud satu aliran baru yang ingin berhijrah ke nun seberang sana?

Jadi adakah PPBM akan bersatu dengan UMNO? Tak tahulah. Tapi selagi Zahid Hamidi terus menjadi Presiden UMNO, penyatuan dua parti ini tidak mungkin terjadi.

Tetapi status Zahid boleh berubah.

Dan jika dipikirkan sejenak, tanda-tanda awal satu gerakan gabungan mungkin dapat dilihat. Tapi itu sekadar spekulasi… jadi buat masa ni kita hanya mampu…

….WAIT AND SEE.

Post a Comment

0 Comments