(SURAT KEPADA ADMIN) - KETAKSUBAN MELAYU BERPOLITIK, DARAH ORANG DIHALALKAN



Pepatah Melayu ada menyebut ‘gar-gar gelegar, rasuk juga menahannya’ dan ia bermaksud, janganlah mudah kita mempercayai kata-kata seseorang. Apatah lagi suara mereka yang kuat menyokong Si Jibon yang terang-terang mahu memporak-perandakan Malaysia dibawah kerajaan Pakatan Harapan.

Ketaksuban sesetengah orang Melayu terhadap politik ke-Melayu-an hingga mengenepikan tuntutan dan larangan agama kelihatan amat kritikal. Fitnah jadi ‘ibadah’ dan kata-kata makian seperti zikir yang sentiasa ringan diketik di papan kekunci.

Isu Tabung Haji tidak terlepas daripada topik hangat yang dinaikkan dengan calitan fitnah dan lantangnya suara perkauman. Tidak takut lagikah semua pada agama? Sehingga menjadikan agama sebagai medan untuk berpolitik; menaikkan seseorang dan menjatuhkan orang lain.

Walaupun sudah dijelaskan sebab mengapa keputusan memindahkan pemilikan rangkaian hotel TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) kepada anak syarikat milik Kementerian Kewangan dibuat, namun pembenci tetap terus membenci. Mata dibutakan dengan tangan sendiri untuk mengelak melihat kebenaran dan telinga terus disumbat dengan jari menjadi pekak pada perkara yang dijelaskan.

Akhirnya apa? Setelah laporan polis dibuat, berderet-deret permohonan maaf dapat dibaca seperti pemilik akaun Paizal Unus yang menyatakan bahawa kerisauannya sebagai salah seorang pendeposit Tabung Haji, menyebabkannya memuat naik status fitnah tersebut di Facebook. Semua risau tapi kerisauan ada batasnya. Adakah Islam mengajar kerisauan berlebihan sehingga boleh memfitnah dan bersifat kejam terhadap bangsa lain?

Facebook page ‘Hanya di Kelate’ juga menunjukkan kebodohan dan sikap terburu-buru mengejar ‘clout’, like dan share sehingga menyebarkan perkara itu di page mereka. Setelah laporan polis dibuat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas II, Encik Ali Muda, terkincitlah admin page memuat naik status permohonan maaf ringkas dan semoga dapat mencuci hati-hati manusia lain yang telah termakan fitnah telah dibuat.

Persoalannya, apa yang dikejar oleh Melayu ini? Tabung Haji dan agama saja dibuat main agenda politik. Ia sangat jijik walaupun penulis sendiri belum memulakan tabungan di situ. Semoga ada sinar keinsafan dalam diri semua penyebar fitnah dan bukan sekadar takut disaman sebab tak berduit atau takutkan polis semata-mata. Pandanglah fitnah yang telah atau akan dibuat sebagai pemusnah, lalu jauhilah daripada menjadi pemusnah keamanan yang kita rasakan sekarang.

Post a Comment

0 Comments