Berakhirnya riwayat Tol LDP, SPRINT, KESAS, SMART
Lega rasanya bila dengar akhirnya Kerajaan sudah sampai tahap perundingan terakhir nak mansuhkan tol empat lebuhraya di Kuala Lumpur. Walaupun kena tunggu sampai 1 Jan 2020, Insya Allah, dapatlah juga kurangkan sedikit perbelanjaan harian kita turun naik KL pergi pejabat saban hari.
Kadang-kadang memang sakit hati kan, bayar tol dah la berpuluh ringgit sehari, lepas tu trafik masih sesak. Bayar tol untuk apa pun tak tahu. Adooi...
Sebenarnya, proses nak mansuhkan tol ni agak rumit sekali. Nak kena bayar pampasan konsesi, nak kira kos operasi, kos penyenggaraan dan macam-macam lagai sebelum bebanan tol di Kuala Lumpur boleh dikurangkan.
Memang tak senang nak jadi senang! Walaupun keempat-empat lebuhraya ini menguasai 48% daripada pendapatan lebuhraya-lebuhraya bertol di bandar (tanpa kumpulan PLUS), janji kerajaan PH tetap utuh memenuhi manifesto pilihanraya.
Tawaran rasmi kepada syarikat-syarikat konsesi untuk mengambil alih empat lebuhraya ni berharga RM6.2B telah pun ditujukan kepada Syarikat Gamuda. Mahal la jugak kan, sebab tu la kena kutip caj kesesakan.
Tapi kenapa kena caj? Tak boleh nak free terus ke?
Realitinya, hasrat kerajaan untuk memansuhkan tol secara berperingkat ini banyak
bergantung kepada implikasi kewangan.Dengan adanya kutipan caj kesesakan, bolehlah Kerajaan biaya bayaran balik hutang, tampung kos operasi dan
penyenggaraan lebuhraya – tanpa peruntukan khas daripada Kementerian Kewangaan. Barulah boleh turun sikit kos operasi Kerajaan Persekutuan.
Dengan kutipan Caj Kesesakan ini, Kerajaan dan pembayar cukai boleh jimat sampai RM5.3 billion dalam bentuk pembayaran pampasan kepada syarikat- syarikat untuk membekukan kadar tol sehingga akhir hayat konsesi harganya.
Caj kesesakan tu apa?
Jangan risau. Caj kesesakan ni berubah mengikut masa penggunaan. Untuk tidak membebankan Rakyat, Kerajaan akan mengenakan :
- Kadar maksimum (kadar tol sedia ada) pada waktu puncak
- 30% waktu luar puncak
- Percuma pada waktu 11 malam hingga 5 pagi
Jadi, apa yang saya dapat?
- Pengguna jimat RM180juta setahun. Pendapatan boleh guna isirumah Rakyat bertambah. Maksudnya lepas ni, bolehlah top up ASB ke, pergi bercuti tempat best-best ke... atau shopping sakan kan?
- Traffic jam kat KL akan berkurang, sekaligus, pengurangan jejak karbon di bandar. Harap-harap minyak kereta pun boleh kurang.
- Duit selebihnya untuk pembangunan dan penyenggaraan system pengangkutan awam Malaysia untuk seluruh Rakyat jelata, bukan sahaja pengguna tol di KL.
- Akhir kata sekiranya model pengambilalihan ini berjaya, ianya akan dijadikan asas untuk pengambilalihan konsesi lebuh raya bertol lain, termasuk lebuhraya antara bandar, pada masa hadapan.
Jangan pulak lepas ni kata Kerajaan Tak Payung!
Progressive Malay
0 Comments