Suku ke empat 2019 telah melihat dua individu yang telah membuat
Statutory Declaration terhadap dua pemimpin besar negara. SD pertama telah
dibuat oleh Yusoff Rawther terhadap Anwar Ibrahim dan kedua oleh bekas Chief
Inspector Azilah terhadap Najib. Kandungan SD in memanglah panas bila dibaca
tapi persoalannya sejauh manakah SD in boleh diguna pakai dalam sistem
perundangan. Untuk mengetahui apa sebenarnya SD dan bolehkah ianya digunakan
sebagai bahan bukti dalam mana-mana perbicaraan kita kena tengok apa sebenarnya SD ni..
Ada yang mungkin bertanya, adakah SD sama dengan affidavit? Affadavit
adalah akuan bersumpah yang digunakan dalam mahkamah. Akuan berkanun (SD)
adalah sekadar pengakuan sah (yang benar) seseorang individu tentang sesuatu
isu. Contohnya apabila kita ingin membeli rumah dan inginkan pinjaman bank maka
kita akan membuat SD untuk mengesahkan yang kita tak bankrap.
Sejarah Statutory Declaration ini bermula lebih kurang tahun 1885
dibawah Straits Settlements Ordinance. Matlamat SD pada masa itu adalah untuk
memberi verifikasi yang boleh dipercayai. Wujudnya SD adalah kerana semasa
zaman itu sekeping dokumen pengakuan diperlukan dalam hal-hal hutang, pemilikan
harta dan pelbagai lagi aspek yang memerlukan seseorang itu membuat pengakuan
rasmi yang ditandatangani secara sah oleh pihak berkuasa. Dulu SD hanya boleh
diterima dan ditandatangani oleh majistret atau pegawai yang sepangkat
dengannya.
Pada tahun 1949 perubahan telah dilakukan keatas Straits Settlements
Ordinance telah membenarkan SD dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu
disahkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Persuruhjaya Sumpah atau
mana-mana individu yang diberi kuasa untuk menerima dan mengesahkan SD.
Ianya harus diingatkan yang SD hanya boleh diterima mahkamah dalam
prosiding mahkamah jika ianya dilampirkan bersama dengan affidavit (akuan
bersumpah). Harus diingatkan juga jika seseorang itu menyatakan fakta yang
tidak benar dalam SD, individu itu boleh didakwa dan dipenjarakan.
Presiden
Majlis Guaman Malaysia Datuk Fareed Adbul Gafoor menyatakan:
“SD bukan
sekadar kenyataan bertulis. SD selalunya digunakan untuk membolehkan seseorang
individu untuk mengesahkan kesahihan sesuatu fakta secara jika tiada bukti lain
yang wujud. Affidavit dan SD adalah berbeza walaupun mempunyai fungsi yang
sama. Affidavit di buat untuk prosiding mahkamah. SD pula adalah sebuah
pengakuan yang akan dinilai mahkamah tetapi tidak semestinya diterima oleh mahkamah”
Apapun dua Statutory Declaration (Akuan Berkanun) yang dilakukan oleh
Azilah dan Yusoff akan mempunyai follow-up dari sistem perundangan. Penyiasatan
sudah dimulakan PDRM bagi pihak Yusoff Rawther apabila dia disuruh ke Bukit
Aman untuk menjalankan ujian poligraf. Walaupun Yusoff membuat SD,pihak polis
harus memastikan kebenaran kenyataan beliau sebelum memulakan apa-apa
penyiasatan ke atas Anwar. Kalau Yusoff Rawther menipu dia boleh dipenjarakan.
Kalau tipu la.
Bagi Azilah pula kita tengok la apa jadi seterusnya…..
0 Comments