18 Orang Pesalah Kes Zulfarhan Dipanggil Membela Diri di Mahkamah

Sumber: Sinar Harian

Julai 31, 2019, tarikh penting untuk keluarga Allahyarham Zulfarhan yang telah cedera dan dibunuh oleh 18 orang pelajar UPNM pada 22 Mei 2017 yang lalu. 

Pada hari ini, mahkamah tinggi mengeluarkan perintah kepada semua tertuduh untuk membela diri atas kesalahan terhadap mangsa setelah pendakwa raya berjaya membuktikan prima facie di saat akhir pendakwaan. Seorang yang tertuduh, Muhammad Akmal Akif Alias telah dibebaskan dari tuduhan mencederakan mangsa.

Bapa Allahyarham Zulfarhan, Zulkarnain Idros, dilihat melakukan sujud syukur apabila mengetahui keputusan mahkamah atas kes yang membabitkan kematian anaknya. 

Semoga keadilan dapat dibuktikan atas kematian arwah Zulfarhan.

Sumber: Astro Awani

Post a Comment

0 Comments