BILA NAJIB DIANGKAT, PANDUAN MORAL KITA MERUDUM


Aku bukan pujangga, penyajak dan yang pastinya bukan antara golongan intelek yang disegani. Yang aku kenal adalah suara hati aku. Kerapkali aku ditanya soalan yang berlazimkan kepandaian. Kerapkali jawapan aku tetap sama. Entah bin Tak Tahu.

Seawal hidup aku sebagai seorang Muslim, aku diajar tentang Dajjal sebelum terjadinya fenomena akhir zaman yang dipanggil kiamat. Dajjal ni dalam apa yang diajar aku, berimejkan seekor raksaksa bermata satu. 

Walaupun aku masa tu budak lagi, aku taklah bengap sangat. Aku sedar cerita Dajjal tu adalah lakaran metafora untuk kita tak terpesong akidah. 

Raksaksa tu bukan seperti saiz GOJIRA tapi magnitud pengaruhnya BESAR dan mata satunya mengambarkan haluan serta pandangannya. Pendek kata, kalau kita makan godaan Dajjal jarak kita dengan syurga Allah akan makin jauh dan lama kelamaan neraka je la menunggu kita. 

Memandangkan title artikel aku ni ada nama Najib mesti pembaca beranggapan yang aku nak kaitkan Abam Jib dengan nama Dajjal. Tak jugak. Sebenarnya aku hanya nak melakukan perumpamaan. Kerana suka tak suka Najib bukan baik orangnnya walaupun diangkat hero. 

Kita angkat dia jadi hero sebab kita takde orang lain. Itu aku paham. Faham tapi tak sesekali bersimpati. 

Dari segi fizikal memanglah Najib besar…taklah sebesar DAJJAL. Tapi pengaruh dia memang besar…sebesar bumiku Malaysia. Dan kalau ikut mata pandangan dia…dia berpandukan hanya SATU matlamat…nak selamatkan dirinya dengan menanam benih kecurigaan di dalam hati sanubari kita. Inilah strategi pembelaan diri Najib. 

Dia sedar dia SALAH. Dia sedar nak lepaskan diri, dia terpaksa mendudukkan dirinya kat level kita. Sampai ke TESCO tuh. Aku pergi TESCO sebab murah boss… Sebab aku tak dapat kontrak perniagaan di zaman Najib….Sebab SEMUA kontrak kerajaan dia bagi kroni dia…. 


Al kisah; Dia pergi pasaraya katanya nak beli minyak dengan telur, pastu kena kerumun umat ketagih selfie. Punyalah ramai orang. Itu memang dah dirancang dengan teliti oleh agensi PR dia.  Itu aku tak kisah. Itu lumrah politik. 

Tapi dulu dia tak buat. Kenapa sekarang? SEBAB NAK NAMPAK BERJIWA RAKYAT DAN TAK BERSALAH. Apa pun ramai masih termakan ‘HALUAN’ moral dia…lagi kita termakan senyuman sweet dia tu, lagi jauh perjalanan kita dari sasaran moral yang menjadi tunggak pembangunan Islamiah kita. 
Dajjal 1 kita 0.

Dia curi duit negara…duit rakyat..duit mak bapak engkau…mak bapak aku…duit susu anak aku…kemudiannya kita tak apakan kesalahan dia dengan statement MALU APA BOSSKU? Curi duit MALU APA BOSSKU… Anak tiri buat filem yang lucah…TAK MALU KE BOSSKU? Sekongkol dengan mastermind jenayah Jho Lo…TAK MALU LAGI KE BOSSKU? 

Budak sekolah pun pakai T-Shirt MALU APA BOSSKU? Anak-anak kita yang satu hari akan jadi pemimpin negara dan pejuang bangsa diajar panduan moral terpesong iaitu JIKA MENCURI…..NAK MALU APA BOSSKU?

Dulu masa kita tak cukup duit nak beli susu anak, mana Najib si Bossku? Tengah sibuk ikut telunjuk isteri. Group foto atas kapal mewah…tak terpikir pun dia masa tu nasib engkau dengan aku.

LOGIK DIA MACAM NI. NAJIB CURI DUIT ENGKAU. TAPI ENGKAU NAK BELI DAGING PUN JARANG SEBAB DUIT TAK CUKUP. NAJIB BALIK MAKAN CUKUP, DENGAN DUIT YANG DIA CURI DARI ENGKAU…SEKARANG JELA DIA SIBUK DUDUK ATAS KAPCHAI NAK SOKONGAN KAU. SEBAB APA? 

SEBAB, DIA NAK MENANAM BENIH KECURIGAAN SUPAYA DIA NAMPAK BAIK DAN TAK BERSALAH. CUBA TANYA DIRI KAU DAH BERAPA KALI TERBIT STATEMENT-STATEMENT  NI DARI MULUT KAU “KESIANNYA NAJIB” … BETUL KE DIA CURI? KONSPIRASI KE? TU MAKNANYA KAU DAH TERMAKAN JAMPI GODAAN BOSSKU..HAHAHA…. JANGAN LUPA POLIS ANGKUT RM140 JUTA DARI RUMAH DIA JE…KAT RUMAH JE TU!!

Aku harap panduan moral saudara – saudaraku tak akan berubah. Aku risau satu hari kalau kita jadi peragut ke perompak ke…pencuri ke….apa nak nak risau..takyah masuk penjara…kau buat T-Shirt bebanyak pastu suruh orang pakai… MALU APA BOSSKU? Hahahah…Jadi umat Dajjal la kita. Makin rosak pedoman, makin jauh hidayah. Labu oh labu camana kita ni Labu oi.

 Aku berharap sungguh korang faham perumpamaan aku. Dajjal sebagai contoh memang ekstrim tapi kalau aku ditanya, apa betul dan apa pula yang salah dizaman ini aku jawab dengan keluhan diiringi keringat sejuk.. ….Entah bin Tak Tahu. 

TOK BECOK                          


Post a Comment

0 Comments