GST: Gelak Sampai Terkentut

GSTGelak Sampai Terkentut  
Najib Kata Tak Salah Ambik Duit Orang  
Aku bukan pujangga, penyajak dan yang pastinya bukan antara golongan intelek yang disegani. Yang aku kenal adalah suara hati aku. Kerapkali aku ditanya soalan yang berlazimkan kepandaian. Kerapkali jawapan aku tetap sama. Entah bin Tak Tahu. 

Ok bebaru ni alkisah terbitnya isu Najib menyalurkan duit hasil GST ke Akaun Hasil Disatukan (Consolidated Account) semasa dia menjadi Perdana Menteri Alkisah juga duit ini telah digunakan untuk menutup lubang pelbagai lubang, bayar kroni lah, bayar cybertrooper, jalankan Kempen Hebatkan Negaraku (kempen Pilihanraya) untuk barang dapur lah, urusan gaji dan memacam lagi.
Pendek cerita BN kalah pilihanraya dan duit pun hapus. Dia ambik bukan sekadar ambik. Dia ambik sampai RM19.4 billion. Hah tu dia RM19.4 billion
Penyokong tegar Najib terus akan berdiri pastu melaungkan dengan jahilnya, OI APA SALAHNYA OI? “Dia nak jalankan dan menguruskan isu harian negara sebab kerajaan dah pokai la” kata mereka dengan nada marah. Kerajaan yang sebelum tu kaya boleh pokai? Camne tu?
...Entah Bin Tak Tahu.
Kalau secara sekilas pandang penggunaan wang tersebut tak nampak salah sangat. Itu sekali imbas. Tapi kalau DUA kali pandang…duit tu bukan duit Kerajaan…bukan duit Barisan Nasional dan semestinya bukan duit Najib. Duit itu adalah kepunyaan mereka-mereka yang sepatutnya menerima semula wang hasil GST. Peniaga-peniaga yang mengharapkan duit tersebut dikembalikan semula dalam masa 2 minggu (mengikut undang-undang serta prosedur) dipaksa tunggu. Tunggu bukan 2 hari. Bukan 2 bulan. Tapi selama 2 tahun (itu pun sebab kerajaan PH bayar balik lepas meminta ‘dividen khas’ dari Petronas).
Ramai peniaga-peniaga yang berbekalkan keringat dan usaha gigih untuk mencari rezeki dipaksa tunggu (selama 2 tahun) sehingga ramai mengalami kerugian besar dan ada juga yang bankrap. Duit RM19.4 billion ini pula diguna Najib sewenang-wenangnya untuk cover lubang-lubang segala bapak lubang digalinya. Mengikut Seksyen 7 Akta Tatacara Kewangan 1957 perbuatan Najib ni salah. Amat salah. Sebabnya? Yang diabaikan itu AMANAH.
Menurut surah An Nisa ayat 58 yang menyatakan,
“Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, Allah sebaik-baik yang Memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat”.
TAPI….NAJIB PULAK KATA KATA APA YANG DILAKUKANNYA TAK SALAH.
Penyokong Bossku pun akur dengan apa yang Najibster kata dan mengatakan Najib tak salah. Tapi Islam kata salah. Jadi persoalannya sekarang siapa betul? Al Quran ke Najib? Ikut suka kau lah Labu…
Yang paling aku tak paham walaupun dah sekongkol dengan PAS takkan UMNO tak sedar yang PECAH AMANAH ni bukan setakat melanggar undang-undang manusia tapi bercanggah dengan undang-undang Allah S.W.T.
Amanah untuk membayar balik duit hasil GST harusnya menjadi keutamaan Najib (yang diamanahkan kita untuk memimpin dan menjaga kepentingan kita) semasa dia menjadi Perdana Menteri.  Ramai usahawan Melayu terjejas perniagaannya sampai ke tahap bankrap kerana isu GST ni. 
BAYANGKAN KO SIMPAN DUIT DALAM BANK. BANK DIAMANAHKAN UNTUK MENJAGA DUIT ENGKAU. SATU HARI KO POKAI…LALALALALA… KO PEGI KE BANK SEBAB NAK KELUARKAN DUIT KAU. NAK PERGI PASAR. NAK BELI DIAPER ANAK…. PASTU BANK DENGAN SELAMBA KATA….ERRR MAAF BRO…DUIT KAMI DAH PAKAI NAK BAYAR STAFF KAMI, SEWA BANGUNAN KAMI DAN KENDURI SYARIKAT…BRO BOLEY TUNGGU 2 TAHUN TAK? KAMI BAGI BALIK DUIT BRO TIME TU….ASSALAMUALAIKUM…
Ada yang juga menyatakan duit tu tak hilang! Angkat bantal tak jumpa. Bukak almari pun tak jumpa. Bukak penyata akaun pun tak jumpa… Sampai Tun sendiri pun tanya “Kalau tak hilang kat mana duitnye?”
Melalak menyumpah dan mencaci macamana pun la, Kerajaan Pakatan Harapan terpaksa berhutang semata-mata untuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Tanggungjawab yang diabaikan Najib dan kuncu-kuncunya. 
Salah betul aku sendiri tak tahu. Sebagai seorang insan yang digelar manusia kita sentiasa dibelenggu kesalahan dan kedaifan. Tetapi ianya adalah tanggung jawab kita, ibadah harian kita untuk menyempurnakan diri untuk menjadi seorang insan yang berguna. Amanah jika diberi harus disempurnakan. Jika tidak disempurnakan kita semestinya akan menyimpang dari jalan yang benar. Kalau ditanya apakah kita mahukan pekara ini berlaku lagi dan lagi? Jawapan akan sentiasa Entah Bin Tak Tahu
Tok Becok

Post a Comment

0 Comments