SEBAB NAJIBLAH AKU MENYEWA RUMAH SAMPAI HARI INI

Aku bukan pujangga, penyajak dan yang pastinya bukan antara golongan intelek yang disegani. Yang aku kenal adalah suara hati aku. Kerapkali aku ditanya soalan yang berlazimkan kepandaian. Kerapkali jawapan aku tetap sama. Entah bin Tak Tahu.

Walaupun dikritik tak henti, ditabur fitnah, dihina tanpa belas kasihan, digelar pelbagai gelaran, tanggungjawab Menteri kita kepada rakyat tak pernah goyah atau dikurangkan. Kerana inilah mandat yang diberi dan tugas yang diterima. Sebagai contoh baru-baru ni Menteri Perumahan Zuraida Kamaruddin membuat statemen media tentang pembelian rumah pertama kepada mereka-mereka yang diblacklist kerana tak bayar pinjaman PTPTN. Zuraida bagi tahu di sebuah sidang media baru-baru ni blacklist CCRIS mereka akan diketepikan jika mereka (terutamanya dikalangan pemuda-pemudi) ingin memiliki rumah sendiri melalui pinjaman bank. Hah tu dia. Itu namanya Menteri.

Orang akan kata Tok Becok takde keje lain tapi nak salahkan Najib je. Tapi orang Melayu susah nak beli rumah di zaman siapa? Zaman Tun? Zaman Pak Lah? HARGA RUMAH MELAMBUNG KE LANGIT KETUJUH DI ZAMAN SIAPA? DI ZAMAN NAJIB!! AKU SAMPAI HARINI TAK MAMPU BELI RUMAH SEBAB HARGA JADI TAK LOGIK SEBAB SIAPA? SEBAB NAJIB!  Jangankan harga rumah. Harga rokok dizaman Najib pun naik dari RM9 (Disember 2009) ke lebih RM17 (Januari 2018)  satu pek. Bapak banyak tu wei!! NAK LEPAS TENSION HISAP ROKOK PUN TAK MAMPU. SALAH SIAPA? SALAH NAJIB.

Zaman Najib dulu nak dapat pinjaman perumahan punyalah susah. Dia dengan kuncu-kuncu dia telah mengetatkan syarat pinjaman pembelian hartanah ke tahap mustahil. Itu zaman Najib. Zaman Irwan Serigar si penari Bollywood. Zaman Zalim. Zaman BN.

Di zaman Najib harga rumah melambung melonjak meletup mahal tanpa diperiksa. Di zaman ini jugaklah Najib memperkenalkan PR1MA yang sampai hari ini dibelenggu masalah sebab ada yang masih menunggu penyerahan rumah mereka yang dijanji akan siap pada tahun 2015. Kenapa camtu ek...?

Jawapannya senang. Sebab disinilah ramai kroni Najib jadi kaya. Ramai kroni UMNO dan orang UMNO jadi pemaju dan kontraktor perumahan tanpa mengambil kira nasib pembeli. Inilah salah satu faktor yang telah melebarkan lagi jurang si kaya dan si miskin. DI ZAMAN NAJIB. DI ZAMAN ROSMAH. DI ZAMAN JHO LO.

Kini di zaman PH, untuk memudahkan lagi situasi di mana rakyat Malaysia tak mampu nak beli rumah, Menteri Kewangan kita Lim Guan Eng pun terpaksa duduk perah otak dengan Bank Negara Malaysia untuk melonggarkan terma dan syarat permohonan pinjaman perumahan (yang diketatkan Najib and Gang).

Menteri Kewangan juga telah menyatakan (tak lama dulu) bahawa jika terdapat situasi dimana permohonan pinjaman perumahan direject sewenang-wenangnya tindakan akan diambil terhadap pemaju dan pihak-pihak berkaitan. Situasi ni tak akan wujud jika Najib tak menyusahkan kita. Tapi korang tak setuju kan? Sebab Bossku cool. Bossku pandai duduk atas kapchai. Bossku tak pernah tipu. SEBAB BOSSKU LAH SEKOTAK DUNHILL JADI LEBIH RM17. SEBAB BOSSKU LA KAU TAK MAMPU BELI RUMAH. SEBAB BOSSKU LAH ENGKAU TERPAKSA SEWA RUMAH SAMPAI LA NI. SEBAB BOSSKU LAH MALAYSIA RANAP. HANCUR. Pastu ko nak maafkan dia.

Orang ingatkan kau balik tentang kepincangan, kekurangan dan kesalahan Najib, engkau panggil dia anjing PH la, admin bodoh la, macai DAP la dan pelbagai makian yang tak menampakkan adab Melayu langsung. Sebenarnya engkau yang jahil sebab kau sanggup butakan mata sendiri. Kalau kau ikut telunjuk cybertrooper Najib yang dah menular tak tentu arah dan merata-rata alamat sesatlah engkau selama-lamanya.

Aku nak hentikan artikel ni setakat ni je la… sebab level kemarahan aku yang membuak-buak ni dah campur dengan air-mata kesedihan sebab kaum aku masih enggan melihat rupa sebenar Najib yang manis pada zahirnya tapi amatlah buruk sekali jika dilhat dengan teliti dan objektif.

Bila ditanya bilakah akan Melayu sedar tentang dakyah Najib? Adakah ianya akan terlambat jika kebutaan mata mereka digantikan kecelikkan apabila Najib menunjukkan semula perangai sebenar dia? Jawapan aku seperti biasa. Entah Bin Tak Tahu.

Tok Becok

Post a Comment

0 Comments