Babi Tak Bersalah!


Saya dah lama perasan. Orang Melayu ni asal marah jer, mesti nak sebut Babi. Saya pun heran la. Babi ni buat salah apa sampai kena maki hamun? Tak baik tau. Yang diharamkan makan daging babi sahaja. Tak taulah kenapa Babi ni dah jadi mangsa keadaan. Keadaan orang marah yang tak boleh tahan lidah. Padahal, babi tak bersalah pun. 

Sebenarnya, yang tak betul, diri sendiri, bukan babi. Babi ni juga ciptaan Allah, macam kuda, macam lembu. Tapi, kenapa selalu nak maki hamun orang dengan panggilan babi? Rasa bahagia sangat bila panggil orang babi kan? Macam best sangat. Lain macam punya puas hati kan? Ek Eleh, Progressive Malay ni dah kenapa? Babi betul. Itu contoh. 

Macam ni lah. Yang sebenarnya, PM rasa hiba sikit tahun ni. Sedih pun ada. Malu pun ada. Sebab tak lama lagi Malaysia nak sambut Merdeka. Dah 62 tahun negara kita Merdeka. Teringat masa kecik-kecik dulu Sudirman nyanyi lagi lagu Tanggal 31 Ogos. Sangat meaningful. Meremang bulu roma bila nyanyi Negaraku kat sekolah. Perasan suara best.

Tapi, makin lama kita merdeka, makin berpecah pulak Rakyat Malaysia ni. Babi betul, kan?




Makin lama kita merdeka, makin besar jurang perkauman Melayu-Cina-India. Kenapa la jadi macam ni agaknya? Sedih la. Saya terfikir balik. Walaupun saya tak sempat nak kenal tokoh-tokoh negara ni, tapi hari-hari terkenang jugak bila lalu kat jalan-jalan ni kat KL - Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Thambipillay, Jalan Yap Ah Loy, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tun Sambanthan.

Terdetik hati kecil ni berkata:

Kalau nama-nama ni terpilih, maksudnya mereka ni mesti ada buat sesuatu yang hebat kan? Kalau tidak takkan sampai nama mereka terpahat merata-rata? Bukannya nama Melayu sahaja, nama Cina dan India pun banyak jugak. Maksudnya, Malaysia ni tak pernah tak bersatu pun. Cuma Politik je yang memecah-belahkan kita sekarang. Cuma ahli politik sahaja yang suka mengapi-apikan “Tema Kaum” ni. Cuma parti politik yang mempunyai agenda pesong sahaja yang rajin nak menjahamkan Perpaduan Malaysia Kita.


Cuba kita imbas kembali nama-nama koleksi sejarah lisan negara kita. Masyarakat kita dah lama majmuk, kita dah lama hidup aman damai, dah lama harmoni sebenarnya. Happy jer, makan nasi lemak, roti canai, chee cheong fun. Tak ada masalah pun.


So, kenapa sekarang ni tiba-tiba jadi “Tegang”? Lagi-lagi lepas PRU 14. Macam-macam fitnah timbul. Macam-macam prasangka digembar-gemburkan.  Yang membaca cepat sangat melatah. Cepat sangat nak menghukum. Terus dok sebut Babi. Hina orang tahap babi. Cara membabi-buta. Seronok sangat pakai perkataan babi. 

Kalau macam ni la kan situasi negara kita. Baik tak payah sambut Merdeka.  
Sebab Merdeka itu dah tak bermakna lagi kalau kita masih nak bergaduh sesama kita. Apa ertinya merdeka kalau hari-hari nak bergaduh, saling tuduh-menuduh?. Aku carik salah engkau, engkau cari salah aku? Memang Babi. 

Walau apa pun, babi tetap tak bersalah. 

Negara Malaysia sudah 62 tahun Merdeka. Tapi hanya Tanah dan Air

Malangnya, minda kita masih dijajah. Masih ditakluk. Dan belum lagi merdeka.  
Selagi kita tunduk kepada segala fitnah yang ditabur dan akur kepada segala rekaan yang dicipta oleh pihak yang ingin kembali menakluki Putrajaya, selama itulah, ketenteraman 

Jiwa Malaysia akan tergugat. Fikir-fikirkanlah. 

Salam Merdeka. Sayangi Malaysiaku! 

Progressive Malay 

Post a Comment

0 Comments