Okay jadi inilah lanskap pemikiran yang sedang
menjadi-jadi di merata negara. Yang dibayar mengapikan benci. Yang ingin
memimpin membayar si pengapi kebencian. Rata-rata orang Malaysia tak nak gaduh.
Tapi ada jugak puak YANG MENGAJAK BEBUDAK PONTENG SEKOLAH sebab isu Jawi. Nak
kata bodoh nanti marah tapi YES VERY BODOH. Ada pulak menentang kehadiran Zakir
Naik dan ada yang menjuangkan kehadirannya. Rata-rata ramai umat negara tak
berpuas hati.
Bebaru ni Zahid Komedi dan kuncu-kuncunya telah hadir
entah pesta apa MIC di mana perkataan PERPADUAN UMMAH telah digunakan. Mulalah
netizen buat isu statemen tu salah lah...tak sesuai lah…YANG ORANG TAK SEDAR
perkataan UMMAH dalam ARAB SEBENARNYA BERMAKNA ‘KOMUNITI’. Aku memang TAK
SOKONG Zahid Komedi dan segala usahanya sebab dia hipokrit dan korup. TAPI
dalam misalan ni aku rasa Perpaduan yang dia ketengahkan tu BAGUS.
Puak India akan sentiasa ada yang bersifat radikal.
Puak Cina pulak ada yang akan mempunyai pendapat yang tak sejajar dengan
semangat perpaduan Malaysia. Melayu pulak ada yang bersifat racis bertopengkan
keislaman sedangkan Islam suruh kita berdamai bukan asyik bergaduh.
Kita semua sebenarnya sedar yang dinamik pemikiran
sejagat Malaysia kini memang membimbangkan. Halatuju kita pun dah terpesong.
Bila dilihat kaum lain ada yang berperasaan syak wasangka. Boikot perniagaan
la…tak nak bercakap la….menung marah la. KEJAP EH…selama 62 tahun kita merdeka
tidakkah kita saling bergantung. Memang dalam 62 tahun ni kita dibelenggu
macam-macam masalah TETAPI bukankah ianya sudah menjadi lumrah kita untuk
menghindarkan MASALAH-MASALAH ini dari menjadi TUKUL yang memecah-belahkan
kita.
Kalau betul KITA SAYANGKAN Malaysia. Kalau betul kita
SAYANGKAN TANAH TUMPAHNYA DARAH KITA, kita akan berhenti menunding jari MENCARI
PESALAH…Kalau betul la..SILA KETEPIKAN AGENDA, KEBENCIAN dan KEMUSYKILAN KITA
dan mengikuti hanya SATU KEPASTIAN . Kepastian yang, INI NEGARA KITA . Penduduknya
adalah SAUDARA KITA dan KEAMANAN MEMANJANG ADALAH HAK KITA.
SAYA SAYANG SEMUA. SAYA SAYANG MALAYSIA.
0 Comments