Sumber: Bernama
HULU LANGAT, 19 Ogos 2019 - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memasang 10 ribu unit Lampu Jalan Kampung (LJK) jenis Light Emitting Diode (LED) di kampung-kampung di Semenanjung Malaysia bermula tahun ini dan dijangka siap tahun depan.
Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata pemasangan unit lampu jenis LED itu menggunakan dana Incentive Based Regulation (IBR) kementeriannya bagi tahun 2019/2020 yang akan memanfaatkan penduduk kampung yang memerlukan penggantian lampu jalan sedia ada.
"Inisiatif LJK ini merupakan kerjasama antara KPLB dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), yang pemasangan unit-unit lampu ini akan digerakkan oleh kumpulan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Kita fokus kepada pemasangan LJK di kampung-kampung di seluruh negeri di Semenanjung dahulu mengikut keperluan kampung-kampung itu sendiri. Untuk Sabah dan Sarawak, kita akan menggunakan peruntukan bajet KPLB," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pemasangan LJK di Kampung Rinching Hilir di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin.
Rina berkata dari segi pengoperasian dan penyelenggaraan, kerajaan dijangka membelanjakan sebanyak RM83 juta setahun bagi memastikan lampu-lampu yang dipasang sentiasa menerangi kawasan-kawasan kampung.
Sementara itu, Yeo berkata kementeriannya tidak menerima sebarang permohonan bertulis daripada kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) mengenai permohonan fasiliti pelupusan kekal (PDF) bagi sisa Water Leached Purification (WLP) di Pahang seperti dilaporkan.
Bernama hari ini melaporkan kilang memproses nadir bumi Lynas setakat ini tiada mengemukakan permohonan rasmi secara spesifik lokasi PDF bagi residu WLP yang dikatakan akan dibangunkan di Pahang.
Ketika ditanya oleh pemberita mengenai isu pembaharuan permit operasi Lynas untuk tempoh enam bulan lagi, Yeo berkata MESTECC akan menubuhkan task force bagi memastikan mereka mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan.
"Untuk isu Lynas, MESTECC akan meneruskan pemantauan secara rapi bagi memastikan mereka terus mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan selepas pembaharuan lesen," katanya.

Sumber: BERNAMA

0 Comments