
Sumber: Sinar Harian via Bernama
Kedai Nasi Sumatera Haji Ismail menjadi tempat buat Muhammad Yusuf Ismail, 30, dan rakannya, Foo Chiak Leong, 48, berniaga di bawah satu bumbung sejak kedua-dua orang tua mereka memulakan perniagaan itu pada 2006.
Leong berkata semuanya bermula pada 1979 ketika ayahnya, Foo Chee Chen, membuka sebuah kedai kopi di Jalan Gajah Mati di sini.
Anak kedua daripada empat beradik yang menyambung warisan perniagaan kedai kopi mendiang bapanya berkata ketika itu bapanya hanya menjual air minuman sahaja di kedai kopinya manakala ayah Muhammad Yusuf iaitu Ismail Zakaria, 70, pula ketika itu bekerja di sebuah kedai makan berasaskan makanan Sumatera.
"Namun pada 2006, selepas ayah meninggal dunia setahun sebelumnya, saya mula bekerjasama dengan Ismail selepas beliau berhenti kerja daripada sebuah restoran dan memulakan kedai makan sendiri.
"Ismail menjual nasi dan lauk-pauk berasaskan masakan dari Sumatera, Indonesia, manakala saya masih meneruskan tradisi mendiang ayah dengan menjual minuman," katanya ketika ditemui Bernama di kedai yang disewanya di Jalan Tok Hakim selepas berpindah dari Jalan Gajah Mati sejak setahun lepas.
Ditanya mengapa sanggup berniaga di bawah satu bumbung walaupun berlainan bangsa, Leong berkata makanan halal boleh menarik lebih ramai pelanggan untuk datang makan ke kedai yang diusahakan mereka.
Artikel Penuh: Sinar Harian
0 Comments