PERPADUAN MELALUI HUTANG?



Kalau nak tahu atuk aku dulu seorang mamak yang lahir di Singapura. Orang panggil dia Abu Buncit sebab…yelah too much the tarik so buncit la…macam cucu dia gak. Sekitar 1932 Abu Buncit buka sebuah kedai runcit di area Gopeng, Perak sebab bini dia (opah aku) orang Perak. Maka dibukalah Kedai Runcit Abu Buncit. Pada masa tu lagi suppy barangan atuk aku ni datangnya dari seorang pemborong Cina yang bernama Uncle Ah Leong.

Uncle Ah Leong ni boleh kata family friend jugaklah kepada Atuk aku sebab dia bawak barang dia dari Butterworth. Dibuat kisah Ah Leong lepas hantar barang kat atuk aku akan tidur di rumah atuk aku sebab dulu mana ada hotel dan lebuhraya PLUS. Sampai kekadang Uncle Ah Leong bawak anak perempuan dan bini dia sekali duduk rumah atuk aku. Mereka memang akrab. Bukan hanya sebab perniagaan tetapi juga kerana memang suka berborak sampai lewat malam.

Banyak kali atuk aku pokai sebab ramai orang kampung bila beli barang ngan atuk ku berhutang. Aku rasa time-time ni jugaklah terlahirnya buku Tiga Lima yang telah menjadi simbol hutang antarabangsa di Malaysia ni. Jadi banyak kali Atuk aku terpaksa berhutang dengan Uncle Ah Leong. Sampai ke tahap dah boleh bukak rak buku Tiga Lima.

Satu hari atuk aku duduk ‘man-to-man’ dengan Uncle Ah Leong…Atuk aku kata..tak payahlah supply barang dah sebab hutang pun dah mencecah RM2k (zaman tu banyak la hutang tu wei). Uncle Ah Leong dengan baiknya bagitau atuk aku..“Abu you jangan risau selagi saya ada you jangan tutup ini kedai…nanti mana orang kampung mau beli makanan”. Atuk aku tetiba menangis.

Dia tahu yang apa yang dikatakan Uncle Ah Leong itu memang benar. Kalau kedai ditutup…sah orang kampung tak makan sebab tempat lain tak bagi hutang. Ada jugak orang kampung yang bawa hasil tani atau hasil tangkapan untuk ditukarkan dengan beras atau bahan makanan lain. Atuk aku bukanlah hero tapi dia memang baik. Tapi dia sedar kebaikan dia boleh memudaratkan diri. Tapi kini dia ada sahabat yang sanggup memikul beban itu bersamanya. Kampung ini memang bergantung pada kedai atuk aku. Kampung ini majoriti memang Melayu tetapi ramai juga Cina dan India yang duduk disini.

Nak pendekkan cerita aku, PEMBELI berhutang dengan ATUK AKU SI PENJUAL. PENJUAL pula BERHUTANG dengan  si PEMBORONG (Uncle Ah Leong). Semata-mata untuk memastikan tiada siapa berlapar di kawasan itu. Ini kisah benar. Kisah tentang orang Malaya dulu. Perpaduan yang lahir dari keperluan. Perpaduan yang berjaya menghidupkan semua. Atuk akhirnya terpaksa jual tanah untuk settlekan hutang Uncle Ah Leong.

Salah seorang yang paling banyak hutang dengan Atuk aku, Pak Semat, anaknya berjaya menjadi doktor dan telah settlekan hutang Atuk aku beberapa tahun kemudian.

Dan Uncle Ah Leong pula?

 Well Uncle Ah Leong menjadi besan Abu Buncit sebab mak aku (anak perempuan Uncle Ah Leong) kahwin dengan ayah aku (anak Abu Buncit).

YA, INI ADALAH KISAH KEDUA-DUA ATUK AKU.

Atuk Ah Leong aku tak sempat jumpa sebab dia meninggal sebelum aku meninggal. Yang menceritakan aku kisah ni adalah Atuk Abu Buncit yang sungguh rindu bestfriend dia yang juga atuk aku. Bagi aku inilah cerita perpaduan yang menjadi asas keluarga aku.

Tok Becok.  

Post a Comment

0 Comments