Ramai bila start sembang pasal tempat paling menakutkan di Malaysia mesti start cakap Kellie’s Castle. Sebenarnya setakat ni takde satu repot pun tentang insiden kekacauan meta-fizikal di lokasi ini. Di bawah ini kita listkan 5 tempat yang memang confim ada hantu. Mari kita berJu On.
1) St. Michael's Institute, Ipoh
Haa siapa pernah lalu depan sekolah ni? Sekolah ni ni dikatakan berhantu! Sekolah St. Michael ni dah wujud sejak tahun 1912 lagi. Hantu dekat sini bukan biasa biasa tau, katanya hantu dia adalah paderi yang takda kepala! Bila fikir, seram lah jugak kan.
Tengok sekolah ni dari luar memang seram, bak kata orang Kelantan, “Memey takuk!” Iye lah, bangunan pun bangunan lama. Sekolah ni memang famous dengan terowong rahsia bawah tanah, gereja kecil dan kisah paderi takda kepala tu.
Sumber: saifhaqiem.blogspot.com
2) Taman Tema Mimaland
Taman tema ni terletak dekat Ulu Gombak, tak lah jauh mana dari KL. Tempat ni dulu famous dalam tahun 80-an, kira macam Sunway Lagoon zaman tu lah. Tempat tu besar woo, kalau ada lagi sekarang mesti best.
Salah satu kejadian yang membuat Mimaland ni tutup adalah kematian seorang warga Singapura yang berlaku di kawasan papan luncur gergasi. Mimaland terpaksa tutup kejap taman tema tu untuk membuat penambahbaikan. Selepas setahun lebih, ada lagi satu kemalangan yang membuatkan dia tutup sampai sekarang. Dekat tempat yang sama, berlaku kerosakan pada dinding kolam yang disebabkan tanah runtuh, sampai ada lumpur masuk dalam kolam tu.
Cakap pasal tempat ni teringat pulak satu cerita hantu yang admin pernah tengok, tajuk dia “Ia wujud”. Dia orang shoot dekat sini lah! Sejak tu bila orang sebut Mimaland dok terbayang cerita tu.
Sumber: booking.com
3) First World Hotel, Genting Highlands
Okay, Genting kan memang terkenal dengan casino dia. Jadi orang-orang yang stay di hotel first world ni kebanyakkan nya pergi berjudi lah. Hotel ni dikatakan berhantu sebab ada beberapa orang yang berjudi membunuh diri selepas kalah judi.
Hotel ni besar mat, ada 7351 bilik tapi yang open untuk orang booking dan stay ada beberapa je. Sebab ada bilik yang “berpenghuni”. Dalam 27 tingkat, keseluruhan tingkat 21 dikatakan “berpenunggu” dan dah banyak kali lif tak berhenti pada tingkat tersebut. Fuuhh, seram boss. Dah lah dekat atas bukit. Ini betul betul seram sejuk!
Sumber: Facebook
4) Hotel Impiana, Sarawak
Hotel ni katanya merupakan tanah perkuburan sebelum dijadikan hotel. Dekat situ kita dah dapat agak kenapa dia berhantu kan. Tapi tu bukan sebab yang diceritakan ramai! Kisahnya sebab ada seorang wanita hamil telah menginap di hotel tersebut. Malangnya, bayi tersebut telah hilang dicuri oleh makhluk halus yang merupakan penunggu bangunan tersebut. Disebabkan kejadian tersebut, wanita tersebut hilang akal dan membunuh diri tanpa sebab.
Disebabkan banyak kejadian pelik yang berlaku, pemilik hotel tersebut terpaksa menutup hotel sampai hari ni. Mana taknya, dah dulu pun tanah perkuburan. Sejak penutupan hotel tu, ramai yang kata ada macam-macam lembaga muncul pada waktu malam untuk menganggu penunggang motosikal dan kereta yang lalu jalan tersebut. Seram bah!
Source: Juicesky.com
5) Sandakan Memorial Park
Tempat ni merupakan tempat bersejarah dan “tourist spot”. Tapi macam mana boleh berhantu? Ni kisah dia, dulu tempat ni merupakan tempat tawanan tentera Australia dan Britain dibunuh, diseksa, dan dihamba.
Antara Januari hingga Ogos 1945, ribuan tahanan Australia dan British dipaksa berkawad daripada Sandakan ke Ranau, jarak antara dua tempat tersebut adalah 260km. Jauh bangett! Dalam banyak-banyak, 6 je yang berjaya sampai ke Ranau. Apa jadi dekat yang lain tu? Wallahualam.
Kalau ada antara korang yang pernah sampai kat tempat yang disenaraikan di atas, cer komen sikit!
Admin nak tahu jugak pengalaman korang.
0 Comments