Betul ke Melayu Malas?


Siapa bilang Bangsa Melayu Pemalas? Marah betul Admin tau. Admin tak suka orang tuduh sebarangan. Tak check dulu, main belasah jer kan.


Statement salah tu. Bukti-buktinya adalah seperti berikut :


1) Melayu sangat rajin berFacebook
2) Melayu sangat rajin mencaci Kerajaan, kutuk-mengutuk tanpa bayaran ok!
3) Melayu sangat rajin menyokong Bossku si Penyamun Handalan. Saban hari taip laju-laju.
4) Melayu sangat rajin memboikot, berkempen dan berceramah
5) Melayu sangat rajin hadir perhimpunan sebab dapat makan free


Lagipun, Bangsa Melayu adalah bangsa yang terkaya di Malaysia. Dalam senarai Forbes, semua yang terkaya adalah orang Melayu. Cuba check list di sini :

Banyak syarikat-syarikat besar semuanya dikuasai oleh orang Melayu. Sebab tu kita tak perlukan Dasar Ekonomi Baru. Musim raya Cina, Cina tutup kedai, takde hal la. Ekonomi Malaysia, Bangsa Melayu yang pegang. Ikan, udang, sayur, buah semua tak ada interupsi kat pasar.


Melayu memang tak perlukan bangsa lain, sebab Melayu boleh makan nasi telur kicap dengan kicap Jalen atau Tamin, dijamin halal. Siapa cakap Melayu takde duit? Cuba check kaunter ASB time 2hb Januari tiap-tiap tahun. Masuk ke keluar duit tu Bang ?

Tahukah anda Penyamun terbesar Malaysia itu berBangsa Melayu tau? Melayu tu punya rajin bekerja sampai berjuta masuk akaun sendiri pun dia tak tau.

Siapa bilang bangsa Melayu Malas? Percayalah. Melayu tak malas.

Yang cakap Melayu malas tu sebenarnya dia yang malas check akaun Facebook.  Dia tak nampak kerajinan Melayu kat Facebook. Bertubi-tubi kat ruang komen tu semua Melayu jerrrrr. Fake akaun sampai beribu-ribu kat Facebook semua tu hak milik Melayu.

Siapa bilang Melayu Malas?

Tolonglah jangan buat Admin marah lagi. Admin tak suka dengar kaum sendiri dihina sebegitu.

Kalau tak jumpa jugak Melayu rajin di jalanan, silalah layari Facebook.

Admin percaya, “Takkan Melayu Hilang di Facebook!”

 Hidup Melayu. Hidup Facebook!

Selamat Hari Malaysia semua!





Post a Comment

0 Comments