Janda Baik 2.0. Pas ni mu nok nikoh nge sapo pulok?


Dalam time korang MENGEMAKAN PWTC dengan laungan ALLAHUAKBAR sampai menitislah air mata Crocodile kat baju-baju putih suci murni korang tu, sambal tengok PAS sain piagam keramat dengan UMNO, jangan lupa PAS tu janda DAP.

Tak Virgin pun. UMNO ni memang suka recycle item agaknya.

Sebab percanggahan falsafah DAP ceraikan PAS. Tak taulah talak berapa. Yang pasti PAS dah lama Janda. Gersang. Yang pasti PAS tu lalang, takde tulang belakang. Lembik macam sotong.

PAS sifatnya populis. PAS bukan berjuang untuk Islam tetapi berjuang untuk memuaskan nafsu rakus sendiri untuk menjadi kerajaan persekutuan. Nak tawan Putrajaya la kononnya.

SO SEBAB DAH KENA CERAI DAN TAKUT MATI SORANG, PAS KAHWINLAH UMNO. PAS keje dia, asyik kawen dengan Pembangkang. Macam LOSER giler ok.

PAS adalah parti PARASIT, HAMBAR dan TIDAK DINAMIK. Di bawah ini juga adalah pelbagai sebab kenapa PAS sebenarnya adalah HamPAS.

1)    PAS TAKDE SEMANGAT PEMBANGUNAN – rupa Kota Bahru 22 tahun dulu dengan harini tak banyak berubah. PAS BUKAN PARTI YANG MEMBAWA PEMBANGUNAN. Highway pun sampai laaaaa takdak kot.

2)    GDP Negeri Kelantan adalah pada tahap terendah iaitu RM24 billion berbanding Selangor yang RM 327 billion (gi Google kalau tak percaya). INI BERMAKNA WALAUPUN KELANTAN MEMPUNYAI LOMBONG EMAS, Kelantan tetap miskin sebab PAS bebal dan tak menjalankan hal-hal ekonomi secara progresif dan dinamik. Kelantan adalah di antara champion Negeri-negeri termiskin di Malaysia!

3)    Amanat Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO dulu masih belum ditarik balek. So boleh ke solat berjemaah dengan UMNO sekarang ni? Boleh ke makan daging hidangan UMNO?

4)    PAS inginkan hudud. Hudud hanya boleh apply kat orang Islam. Maknanya, kalau Abu ditangkap mencuri Abu kena potong tangan….tapi kalau Ah Chong  atau Manikam kena tangkap mencuri, Ah Chong dan Manikam masuk jel 5 tahun. KO NAK KE SISTEM CAMTU BROOOOO?

5)    PAS nak HADI BAWANG jadi PM. UMNO pulak mati hidup balek nak ZAHID KOMEDI jadi PM. Mursyidul Am Sheikh Najibby inginkan BossKU jadi PM. Jadi go ahead berperanglah kamu laki bini yang dah sah kawen! YANG PASTI BAWANG PUTIH ke BAWANG MERAH KE memang TAK LAYAK JADI PM!!

6)    Tok Guru Nik Aziz pernah kata beliau TIDAK AKAN KERJASAMA DENGAN UMNO EVER!! (insiden UMNO tipu PAS 1970an). So Hadi Awang tunggu TGNA meninggal pastu KAHWIN LARI DENGAN UMNO…malu weiiiii! Typical Kelantanese. Nak kawen jer lari ke Golok.

7)    PAS memang TAMAK dan tak berapa bijok. Dari 158 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS menang hanya 18. Kos untuk bertanding sebanyak 158 kerusi Parlimen tu BANYAK BOH. Kasi rugi duit dengan untung tak seberapa. Tapi akan datang, Sugar Daddy UMNO boleh sponsor. Dah tidur sekatil, akaun pun boleh share la kot kan? Bereh Boh.

Kesian PAS. Lepas Pakatan Harapan campak PAS yang telah menjadi ‘weakest link’ maka PAS pun terima lamaran UMNO, the ‘strongest enemy’. Inilah namanya strategi DESPERADO sebab dalam tahun 2013 ko sendiri tengok betapa pujinya PAS dengan DAP. DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA atau DPPM. DPPM pernah memuatkan status Facebook yang menunjukkan betapa sayangnya PAS kat DAP sebagai TEMAN HIDUPNYA. Hadi Bawang peluk Lim Kit Siang, tanda sayang.

Inilah mukadimah LAMARAN PAS kepada DAP time tu. Tapi sekarang Wayang Kulit dah tukar story sebab DAH ADA SUAMI BARU. Sebab tu orang kata Cinta itu Buta. Kejap Cinta dengan Cina, lepas tu Cinta dengan Kafir pulak. Bagus PAS ni dia memang tak Racist.

Ohh pening Janda Baik ni…. Pah ni mu nok nikoh nge sapo pulok?

Post a Comment

0 Comments