Sumber: Kaler Kantho
Pekerja Bangladesh didapati bertukar tangan dari majikan ke majikan tanpa persetujuan mereka, seperti perhambaan dalam perdagangan yang melanggar undang-undang.
Perdagangan
manusia ini dibongkar melalui siasatan bersama Malaysiakini dan media
Bangladesh Kaler Kontho.
Temu ramah
dengan lebih 100 pekerja, ejen sumber manusia dan majikan pekerja asing telah
membongkar kewujudan sebuah komplot yang memerangkap pekerja Bangladesh sejurus
selepas mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pekerja-pekerja
ini direkrut oleh firma sumber manusia di Bangladesh dan menandatangani kontrak
dengan syarikat Malaysia yang bakal menjadi majikan.
Namun,
setelah tiba, siasatan media mendapati pekerja-pekerja ini diserahkan kepada
pihak ketiga, termasuk ejen sumber manusia tidak berlesen yang seterusnya
menawarkan mereka ke firma-firma lain.
Ini
meletakkan mereka dalam situasi yang bahaya, sama ada ditangkap oleh imigresen
dan dihantar pulang, kerana pekerja asing tidak dibenarkan bekerja dengan
syarikat selain yang tertera dalam permit pekerjaan.
Pada masa
sama, apabila berlaku eksploitasi atau penderaan, pekerja-pekerja yang tidak
fasih berbahasa Malaysia ini tiada pilihan kecuali untuk lari dari majikan
pihak ketiga yang mengambil mereka.
Sumber: Malaysiakini
Menurut
pengarah bersama Tenaganita, sebuah NGO pembela hak pekerja masing, Aegile
Fernandez (gambar) berkata, kebanyakan pekerja asing dijual beli.
“Majikan
yang ‘membeli’ pekerja ini akan membuat potongan gaji bulanan untuk menampung
kos ini,” katanya, yang pernah mengendalikan kes seperti ini.
“Ini selalu
melibatkan pekerja pasar raya atau industri kecil. Pekerja-pekerja asing
bekerja di sana, tapi permit mereka adalah untuk syarikat lain,” katanya kepada
Malaysiakini.
Dari
pekerja pembinaan ke pasar raya
Seorang
pekerja yang terperangkap dalam komplot ini adalah Anwar Hossain. Beliau lari
dari hostel pekerja selepas hanya tujuh hari.
Anwar masuk
ke Malaysia melalui perjanjian kerajaan ke kerajaan tambahan (G2G Plus) antara
Putrajaya dan Dhaka.
Sumber: Kaler Kantho
Menurut
kontrak pekerjaannya, majikannya merupakan Pembinaan NKZ Sdn Bhd (PKNZ), sebuah
syarikat pembinaan dan penyelenggaraan yang didaftarkan di Terengganu.
Namun, menurut
Anwar, setelah tiba di KLIA, dia dijemput oleh dua orang pegawai penyelia dari
syarikat Gold Mine Trading Sdn Bhd, iaitu syarikat perdagangan am dan
pembersihan.
Anwar
merupakan salah seorang antara 94 pekerja Bangladesh yang menandatangani
kontrak untuk bekerja dengan PKNZ.
Menurutnya,
separuh dari mereka melarikan diri dari majikan dan menjadi pendatang asing
tanpa izin (PATI). Pasport mereka dipegang oleh Gold Mine.
“Masa saya
tiba di Malaysia, saya fikir saya akan mendapat satu bilik yang cantik, gaji
yang bagus dan makanan yang sedap.
“Tapi dalam hanya tujuh hari, saya menyesal
datang ke sini,” katanya, yang merupakan seorang dari tujuh pekerja PKNZ yang
bercakap dengan Kaler Kantho.
Baca artikel penuh di: Malaysiakini
0 Comments