Kalau kita rasa diri kita susah, ada lagi orang yang lebih susah daripada kita. Kita haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada dan jika mampu memberi untuk membahagiakan orang lain adalah lebih baik.
Sebelum ini, seorang pengguna Twitter, Mahathir yang merupakan seorang penuntut universiti telah berkongsi kisah akan makcik tukang cuci di hostelnya dan telah berusaha mengumpulkan dana bersama warga Twitter untuk memberikan hadiah buat makcik tersebut.
Ada satu makcik cleaner blok aku, baik orangnya. Selalu tegur and greet student. Ceritanya, dia teringin sangat nak ada jam baru sebab jam RM30 buy 1 free 1 dia sekarang rosak and stuck forever pukul 8:30 sebab masuk air and terhentak masa cuci toilet kolej.Dia pun kadang-kadang-— Mahathir (@madermn) September 25, 2019
Mereka mengumpulkan duit untuk memberikan hadiah seutas jam tangan yang kalis air agar dapat digunakan makcik tersebut kerana jamnya sudah rosak. Disebabkan jam tangan makcik tersebut sudah rosak, makcik tersebut sering tertinggal van untuk pulang.
Usaha murni hasil duit yang dikumpul warga Twitter telah merealisasikan impian makcik tersebut untuk memiliki seutas jam tangan kalis air. Mahathir telah menyerahkan jam tangan tersebut kepada makcik itu. Sedikit ucapan buat makcik cleaner yang baik hati. Aku khususkan pemberian daripada rakan rakan twitter. Dia terharu and dia kirim salam dekat semua and dia cakap terima kasih sebab first time dia dapat jam yang elok // Sorry sebab writing dalam bahasa sarawak haha pic.twitter.com/LzpjsDa26n— Mahathir (@madermn) September 27, 2019
Malah, Mahathir telah menggunakan wang lebih hasil sumbangan dengan membeli barang keperluan untuk makcik tersebut dan beberapa makcik tukang cuci yang lain. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan makcik tukang cuci di sana kebanyakannya adalah ibu tunggal dan balu.
Pada mulanya makcik itu menolak tetapi beliau memujuk dan mengatakan ia adalah hadiah ikhlas daripada beliau dan rakan-rakan Twitter, lalu makcik itu mula menerima dan berterima kasih. Sumber: Thevocket, Twitter
0 Comments