Bulan Sukan Negara 2019 Dilaksanakan Sepanjang Oktober Ini


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengambil langkah proaktif dalam memperhebatkan konsep Hari Sukan Negara dengan memperkenalkan Bulan Sukan Negara sepanjang bulan Oktober ini. 

KBS mengambil kesempatan ini untuk menerapkan agenda membudayakan sukan di kalangan masyarakat dengan lebih agresif. Aktiviti membudayakan sukana ini akan dilaksanakan secara berterusan melalui konsep kontemporari bagi menjamin budaya 'sukan untuk semua' kekal relevan.

“Terdapat pelbagai aktiviti yang juga akan dijalankan bersempena Bulan Sukan Negara dalam usaha menambah baik program sebelum ini termasuk Hari Sukan Negara yang akan berlangsung pada 12 Oktober selain ekspo sukan serta kovensyen khas untuk wanita dalam sukan."

Orang ramai dialu-alukan untuk datang dan memeriahkan acara pelancaran 'Bulan Sukan Negara 2019' #BSN pada 1 Oktober (Selasa) yang bermula pada jam 4 petang di IOI City Mall, Putrajaya. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di sana! Untuk info lebih lanjut, anda boleh mengunjungi ke laman sesawang rasmi Bulan Sukan Negara di: www.bulansukannegara.my 

Ayuh sama-sama kita semarakkan Bulan Sukan Negara 2019 sepanjang Oktober ini!

#MalaysiaWeChallengeYou #BulanSukanNegara #TeamKBS

Sumber: BSN 2019, Buletin Mutiara

Post a Comment

0 Comments