Sumber: YouTube
Enam suspek ditahan reman empat hari
bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam gajah
Pygmy Borneo di Kalabakan, minggu lalu.
Perintah reman dikeluarkan Majistret
Ferhansyah Farene Mohd Ferdaus, pagi ini selepas dipohon oleh pegawai penyiasat
Inspektor Azlinda Buan.
Semua suspek yang berumur antara 48
hingga 68 tahun itu dibawa ke Mahkamah Tawau kira-kira 8.30 pagi tadi sambil
dikawal oleh anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.
Semalam, semua suspek termasuk
seorang warga asing, ditahan dalam serbuan di kawasan FELDA Umas, dekat sini.
Dalam serbuan itu, polis merampas
selaras pump gun buatan Iver Johnson Single Barrel 30’, senapang angin jenis
Raifal buatan sendiri jenama Sharp Innova dan selaras bakakuk atau senapang
patah buatan sendiri.
Turut dirampas, sembilan butir
peluru hidup jenis Gb Buckshot warna putih, 47 kelongsong peluru jenis Mega Oob
warna hijau, tiga butir kelongsong peluru jenis Rimba warna biru dan sebutir
kelongsong peluru jenis Gb Buckshot warna hitam.
Selain itu, kelongsong peluru jenis
Winchester Buckshot warna merah (dua), buku lesen memiliki senjata api dan
peluru dengan nombor siri 110937 Bil T/L/160, peluru warna hijau pelbagai
jenama (23 butir), peluru jenis Rimba (20 butir) dan peluru jenis Rio Royal 00
Buck Lg (empat butir) turut dirampas.
Dua daripada enam suspek terbabit
adalah pekerja FELDA Umas, bertanggungjawab mengawasi hidupan liar yang
memasuki kawasan ladang.
Motif pembunuhan gajah dipercayai
untuk mengambil gading, selain mengikut arahan menjaga kawasan daripada
dicerobohi hidupan liar kerana suspek digaji khas bagi menjaga kemasukan haiwan
ke kawasan ladang.
Sumber: Berita Harian

0 Comments