Rasanya pemimpin UMNO tak paham sistem elektorat sebab
lama sangat hidup dalam sangkar autoritarian Barisan Nasional. Bila
mereka semua ni menuturkan pendapat politik mereka seperti terlupa sistem Raja
Berpelembagaan yang berlandaskan prinsip demokrasi.
Suka hati buat statement.
Tak lama dulu Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi buat
statemen (10 sebab) dimana beliau mengesa Perdana Menteri Tun Mahathir
menyingkirkan pemimpin PKR dan DAP kerana menurut beliau mereka mengugat maruah
dan status bangsa Melayu dan Islam. Pendapat yang lebih kurang sama pula dibuat
oleh Hishammudin yang inginkan DAP dan Amanah disingkir dari komponen kerajaan
baru-baru ni.
10 Sebab Asyraf disangkal Ambiga. Pendapat
Hishamuddin pula ditegur Anwar Ibrahim.
Walaupun tidak
dinafikan terdapat segelintir individu-individu yang tidak mencerminkan sifat yang
sejajar dengan semangat muhibbah dalam Pakatan Harapan, Ketua Pemuda UMNO dan bekas Menteri Pertahanan
lupa MUAFAKAT NASIONAL juga kerap membuat statemen rasis yang melampau YANG TAK
SEJAJAR KEHARMONIAN SERTA PERPADUAN NEGARA. Sepertimana yang dikatakan Anwar,
UMNO harus lebih mengetahui dari menangkap muat kenyataan yang JAHIL.
Tapi isu yang lebih imperatif bukanlah kenyataan yang
tidak bijak TAPI seorang Perdana Menteri tidak boleh dengan
sewenang-wenangnya menyingkir ahli-ahli atau mana-mana parti yang sudah menjadi
komponen dalam penubuhan sesebuah kerajaan. Jika Perdana Menteri dibenarkan melakukan
sesuka hatinya maka kita akan hidup dibawah sistem PEMERINTAHAN DIKTATOR.
INGAT! Mereka semua ini dipilih mengikut sistem
elektorat yang adil dan saksama. Sama seperti semasa parti komponen Barisan
Nasional, MCA dibawah pimpinan Chua Soi Lek yang dulu kerap kali mengeluarkan
naratif perkauman tanpa noktah. Tidak pula disuruh pembangkang dulu untuk
menyingkirkan Chua Soi Lek atau MCA.
Mereka-mereka ini secara individu dan melalui parti
mereka telah diberi mandat untuk menerajui kepimpinan negara. Mereka hanya
boleh disingkirkan jika mereka didakwa dengan sesuatu kesalahan (contoh terbaru
ialah ahli parlimen DAP yang disangkut paut dengan LTTE). Ini adalah tatacara
yang sudah diatur sejak bermulanya negara kita sebagai sebuah entity
berpelembagaan.
Hakikatnya Barisan Nasional kalah semasa PRU14. Tunggulah
PRU15. Kalau ada rezeki, boleh la kome kome buat pengsyoran sesiapa harus menjadi
parti komponen Muafakat korang. Ada PAS lagi ke…takde MCA ke…MIC dicampak jauh
ke ITS YOUR DECISION. FOR NOW ITS NOT.
SIKAP SEPERTI INILAH SIKAP AUTORITARIAN UMNO
YANG SEHINGGA KINI TIDAK PUDAR WALAUPUN TELAH DITEWASKAN SISTEM DEMOKRASI.
0 Comments