Presiden DUMNO katup UTUSAN. Keputusan taktikal atau praktikal?







Zahid Hamidi kata Utusan ditutup sebab Kerajaan PH zalim. Statement yang agak WIN sekali untuk mencuit sentimen Rakyat yang sedang bergembar-gembur.





Presiden DUMNO itu mengulas lagi, katanya keputusan untuk tutup UTUSAN tu kononnya disebabkan  duit kat akaun DUMNO dah kena beku. (macam otak orang-orang UMNO yang tepu dan beku)

Mati hidup balek Abah takkan mengaku “Mouthpiece” DUMNO itu sebenarnya
dah lama tak laku. Dah lama Iklan tak laku. Dah lama syarikat-syarikat yang bukan GLC tamatkan langganan Paper DUMNO tu. Yang GLC jer terpaksa "support" UTUSAN, sebab dah dikerah beli Paper Utusan hari-hari, termaksud hari Sabtu dan Ahad walaupun hantu jer yang ada kat ofis tu. 

Itu semua Zaman DUMNO la tapi…So, Abah ingat statement WIN dia tu boleh “terbang tinggi? Boleh blah.

Persoalannya betul ke DUMNO betul-betul takde duit ke sengaja nak kasi UTUSAN katup! Pas tu, nak senang hidup, tunding jari pulak kat orang lain. Banyak cantek muka?

Meh nak habaq mai sikit.

UMNO melalui syarikat perlaburannya Gabungan Kesturi Sdn Bhd tak lama dulu telah menjual 11% share Media Prima dorang kat Syed Mokthar (ada duit la tu)….AKAN TETAPI UMNO masih lagi memiliki 7% saham di kumpulan Media Prima iaitu kumpulan media terbesar di Malaysia (masih berduit). Ini bermakna UMNO bukan hanya masih lagi mempunyai pengaruh media di Kumpulan NSTP yang dimiliki Media Prima tetapi MASIH BERDUIT kerana masih mendapat pendapatan dari Media Prima.  So tak yah nak kelentong, ok.

Pendek kata…THE STAR PUBLICATIONS milik MCA boleh jer beroperasi lagi, MAKKAL OSAI milik MIC hidup jer lagi. HARAKAH DAILY milik PAS masih pun tak dikuburkan lagi. Dari segi kewangan ketiga-tiga parti MCA, MIC dan PAS jika digabungkan pun TIDAK BOLEH menandingi KEKUATAN KEWANGAN UMNO.

So kenapa UTUSAN ditutup? Apa kes?

Kalau ye pun, aset dan akaun UMNO dibekukan, Akaun GABUNGAN KESTURI SDN BHD (syarikat milik UMNO) masih OK. Boleh jer pakai duit tu kan?

GABUNGAN KESTURI SDN BHD ( anak syarikat Gabungan Kesturi ialah ULTRA KIRANA SDN BHD yang sedang disiasat kerana mendapat ‘untung’ atas angin sebanyak RM192 juta tapi itu lain hari punya cerita) masih lagi sebuah entiti yang menjana pendapatan.

So persoalannya ialah, adakah penutupan Utusan Malaysia itu satu LANGKAH TAKTIKAL atau PRAKTIKAL?

UMNO ADA DUIT tapi duit itu sengaja tidak dicorongkan ke UTUSAN MALAYSIA. UMNO ADA DUIT berjuta-juta untuk membayar beribu cybertrooper UMNO yang menganjing di media sosial TAPI KENAPA BUKAN UNTUK MENGHIDUPKAN UTUSAN?

Apa maksudnya? PRAKTIKAL ATAU TAKTIKAL?

TAKTIKAL lah sebab;

Kalau DUMNO katup UTUSAN, DUMNO akan dapat berjaya meraih ‘undi belas kesian’ dan akan berjaya mencanangkan kat satu dunia yang Kerajaan PH ini benar-benar Maha Zalim.

Padahal perihal UTUSAN katup tu takde kena langsung pun dengan PH.

Kenapa HARAKAH, THE STAR, MAKKAL OSAI, NSTP GROUP (UMNO ada share) masih lagi berjalan sedangkan kos untuk menjalankan akhbar ni sama je?

TETAPI…

UTUSAN MALAYSIA dipaksa ‘mati syahid’ untuk ‘kebaikan’ Muafakat Nasional.  UTUSAN MALAYSIA adalah simbol Melayu yang wujud sejak 80 tahun yang lampau tetapi KONONNYA DIMATIKAN oleh KERAJAAN PH yang MAHA ZALIM.

Maka, dengan tindakan tersebut, orang ramai akan melihat “Kejadian Utusan” ini sebagai satu serangan keatas ORANG MELAYU oleh Kerajaan Maha Zalim PH.

Satu lagi brownie point untuk memadukan statement-statement yang terdahulu seperti :

  1. Hak Melayu akan pupus macam Dinosaur kat Jurassic Park
  2. Islam makin terancam sebab DAP banyak pegang kerusi kat Parlimen
  3. Undilah PASUMNO, jangan jadi Kafir Harbi

Itulah sebenarnya yang Zahid Komedi nak…

Walauapa pun, yang pasti :

ORANG UMNO RAMAI JER YANG KAYA-RAYA TETAPI TAK ADA SORANG PUN YANG HINGIN NAK “RESCUE” UTUSAN MALAYSIA. SEBAB APA?

Sebab PENUTUPAN UTUSAN MALAYSIA ADALAH LANGKAH TAKTIKAL DUMNO. 

Ianya adalah satu lagi taktik politik longkang DUMNO yang tak boleh dipakai. Boleh blah.








Post a Comment

0 Comments