Sumber: Shafwan Zaidon
Apa pun yang dibuat kerajaan PH…bagus ke, ada silap
ke, yang bersifat kesederhanaan ke atau bermotivasikan muhibah rakyat ke…kerajaan
PH tetap dikritik dan dicemuh. Disini timbulnya soalan imperatif tentang
naratif politik pembangkang yang berbaur perkauman yang digunakan sebagai
peluru berpandu setiap kali isu-isu negara dibangkitkan.
Belanjawan 2020 walaupun mempunyai banyak mekanisma
bantuan dan sokongan untuk Bumiputera dan penganut Islam TETAP dilihat sebagai
ANTI-MELAYU dan diberi imej ANTI-ISLAM.
Tanpa menggunakan bukti skala perkiraan ekonomi atau
perbandingan GDP tahunan yang tepat dan sahih, pihak pembangkang guna taktik ‘politik
tak bertanggungjawab’ dan membuat kenyataan seperti Anti-Belanjawan 2020, Anti
Pakatan, Anti Malaysia, Anti Pembangunan, Anti Sirratulrahim.
Ismail Sabri pula menambah kenyataan yang negeri Kelantan diketepikan dalam Belanjawan 2020. Ini secara terang-terang bermatlamat untuk mengapi-apikan isu perkauman yang makin kritikal sejak dua menjak ini. Sebelum dijawab pertanyaan Pak Mail ni…nak tanya sikit…ECRL
tu berhenti kat mana agaknya? Kelantan dan Terengganu kan!!
Jangan lupa Ismail Sabri jugalah banyak kali dulu
menegur Kelantan kerana PAS bersikap bersahaja dalam pembangunan negeri
Kelantan. Dekat 40 tahun, negeri Kelantan tak banyak perubahan. 40 TAHUN
KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENGABAIKAN KELANTAN. LEBIH-LEBIH LAGI SEMASA
ISMAIL SABRI MENJADI MENTERI KKLW. Sekarang lain pula lagu yang
dinyanyikan. Ini menunjukkan yang pihak pembangkang masih lagi menggunakan
taktik yang sama selama 60 tahun. Taktik rasis. Taktik yang bermotivasikan
‘Anti-Sirratulrahim’.
BILA DAH TAKDE MODAL NAK BERI CADANGAN KONSTRUKTIF UMNO
GUNAKAN NARATIF PERKAUMAN. SEMUA SALAH CINA. SEMUA SALAH DAP. Dan yang paling
sedih tu..MELAYU MASIH LAGI TERMAKAN DENGAN TAKTIK LONGKANG INI.
Yang lagi mengejutkan bila di laman media sosial UMNO mengatakan yang mereka TIDAK MENGUNAKAN NARATIF PERKAUMAN. Setiap
posting mereka bersifat rasis. Sampai terlahir hashtag tidak bijak seperti
#votemuslimfirst untuk Tanjung Piai. Ini terang-terang menunjukkan MUAFAKAT
NASIONAL tidak ada niat untuk bersifat muhibah.
Wee Ka Siong bersetuju je bila disuruh pergi main jauh
jauh sebab dia takut kena campak tepi bila calon MCA untuk Tanjung Piai
disyorkannya. Presiden MIC pun TAK SETUJU dengan perletakkan calon UMNO….bukan
MCA…bukan PAS tapi UMNO. Ini bermakna PAS, MCA dan MIC hanyalah batu lonjakan
UMNO. TAPI PAS, MCA DAN MIC MASIH PERCAYA UMNO.
UMNO MENGUNAKAN NARATIF PERKAUMAN UNTUK MENANG UNDI.
POLITIK LONGKANG? YES. UNTUK KEBAIKAN SEMUA? DEFINITELY NOT.
0 Comments