Tabung Pahlawan ditubuhkan atas tanda penghargaan terhadap pahlawan negara yang sentiasa bersedia mempertahankan dan melindungi negara daripada segala jenis ancaman luar. Majlis amal tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan merangkap Penaung Tabung Pahlawan iaitu isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah berserta dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu juga melahirkan kata-kata harapan kepada rakyat Malaysia agar turut berasa bertanggungjawab untuk menyalurkan sumbangan pada penganjuran Tabung Pahlawan yang akan datang agar dapat terus-menerus memperingati jasa-jasa pahlawan negara kita. Sumber: Berita Harian
0 Comments