Apakah Logik Sebenar Wee Jeck Seng Menjadi Calon BN Di Tanjung Piai?




Kalau kita mempertimbangkan semua yang dijuangkan oleh Muafakat Nasional setelah Barisan Nasional mula bergerak seiring dengan PAS melalui konsep Perpaduan Ummah, pencalonan Wee Jeck Seng memang tidak masuk akal.




Menurut konsep Perpaduan Ummah, agenda Melayu-Islam dijuangkan kerana hal-ehwal Melayu-Islam dipinggirkan sejak dua-menjak ini. Mandat ‘palsu’ ini sebenarnya dilahirkan untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia, supaya Melayu dapat ‘disuap’ dengan dakyah dan fitnah. Jika kaum Melayu termakan dengan suapan kebencian ini maka menanglah perjuangan politik Muafakat yang hanya berlandaskan naratif perkauman dan pemecahan keharmonian kepelbagaian bangsa.

Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi pernah mengatakan yang projek kerjasama PAS dan UMNO yang bertemakan perpaduan ummah TIDAK MUNGKIN ditukar kepada perpaduan nasional untuk dijadikan satu pergerakan INKLUSIF. Ini sejajar dengan DIVIDE AND RULE.

Divide et impera (Latin) atau Divide and Rule (Conquer) adalah satu konsep politik dan sosiologi untuk mengekalkan atau memperkembangkan lagi kuasa jajahan. Secara ringkas sesuatu pihak akan memecahkan tumpuan kuasa kepada beberapa bahagian untuk penguasaan yang lebih tertumpu. Kes paling masyhur adalah bila konsep ini dipergunakan Philip Ke 2 dari Macedon.

Machiavelli dalam bukunya The Art Of War turut menambah untuk mendapatkan PENGARUH yang lebih, ELEMEN KEMUSYKILAN harus ditanam untuk memecah-belahkan sebuah unit yang sepadu. Kalau dibaca ringkasan buku ART OF WAR maka tidak dapat diragui yang buku inilah yang menjadi ‘kitab strategi peperangan politik Muafakat Nasional’. Jadi kenapa Wee Jeck Seng?

Ianya mungkin menjadi anggapan lumrah yang Barisan Nasional akan mencalonkan seorang Muslim untuk memperjuangkan ‘Perpaduan Ummah’ mereka. Walaupun mereka mengatakan Muafakat ini bersifat inklusif mengikut definisi ummah tetapi ianya masih berpaksi kearah pemerkasaan Melayu-Islam. Tetapi yang sebaliknya berlaku. Yang dicalonkan ialah Wee Jeck Seng. Situasi menjadi lebih mengelirukan bila PAS dan UMNO menjuangkan pencalonan Wee dengan sentimen keislaman. Wee pula membuat janji ‘tunai umrahnya’jika dia menang. Janji yang ditemu pelbagai kontroversi. Gerakan Penggundi Sedar pun secara lantang membantah pencalonan Wee dengan hashtag mereka #votemuslimfirst.

Naratif perkauman mula menular tanpa noktah di kalangan Muafakat. Khabar angin pula mengatakan yang Wee dicalonkan kerana presiden MCA Wee Ka Siong mengancam untuk keluar dari Barisan Nasional jika Wee Jeck Seng tidak dicalonkan…Berbalik semula kepada soalan kenapa Wee Jeck Seng dicalonkan?

Jawapannya mudah sekali. Haji Hadi dan Zahid Hamidi cukup yakin sentimen keislaman terhadap calon mereka bukan lagi satu imperatif di Tanjung Piai kerana strategi ‘Divide and Conquer’ mereka akan berjaya akan membuahkan hasil yang positif. Ini adalah pandangan mereka. Pecahan penggundi di Kawasan Parlimen Tanjung Piai ialah seramai 53,528 pengundi berdaftar dengan pecahan kaum 56.80 peratus (Melayu), 41.64 peratus (Cina), 1.01 peratus (India) dan lain-lain kaum 0.55 peratus.

Dalam perkiraan Barisan Nasional, undian Melayu dan Cina akan pasti ‘ditangkap’ kerana Wee seolah-olah mewakili kedua-dua kaum utama di Tanjung Piai.

Rumusan mudah terhadap situasi ini adalah MUAFAKAT NASIONAL mempunyai falsafah dan pendirian ummah yang tidak konsisten. Bila pendirian itu TIDAK MEMBERI ‘DAYA TUIL’ politik, Muafakat Melayu-Islam boleh diketepikan. Ini tidak melambangkan politik berarcakan prinsip tetapi POLITIK TAMAK KUASA.

Post a Comment

0 Comments