Berita Terbaik Untuk Pekebun Sawit


Harga minyak sawit melonjak ke RM2,657 satu tan. Ini adalah lonjakkan harga tertinggi dalam tempoh 2 tahun. Ini bermakna selain daripada rancangan dan usaha kerajaan untuk mewujudkan punca pendapatan alternatif bagi pekebun, pendapatan utama pekebun kelapa sawit di seluruh Malaysia tidak tergugat.

Dengan lonjakan ini kerajaan berharap faktor global yang mempengaruhi harga minyak sawit tidak akan menganggu trend kenaikan ini. Kerajaan juga sedang giat berusaha untuk memastikan pemasaran serta bekalan komoditi ini dapat diberansangkan untuk memastikan punca pendapatan pekebun tidak terganggu.

Jika dilihat dari perspektif pekebun di Tanjung Piai, faktor penghargaan minyak sawit (semasa ianya jatuh) adalah sebenarnya diluar kawalan kerajaan kerana ianya terletak ditangan pemain-pemain ekonomi dunia. Yang boleh dilakukan dan sedang dilakukan kerajaan ialah mewujudkan situasi untuk memasar komoditi ini ke setiap pelusuk dunia.

Masalahnya ramai sangat yang cepat melatah bila harga jatuh. Sebelum melatah fahamilah  yang kerajaan sedang mengusahakan pelbagai mekanisma bantuan rakyat walaupun duit kerajaan tidak pada tahap makisma. Yang patut kita ingat semasa BN berkuasa dulu banyak yang tidak dilakukan mereka untuk memastikan kebahagiaan semua walaupun wang serba banyak. 

Hanya kroni diberi kontrak dan wang berjuta-juta untuk mengayakan orang UMNO sahaja. Kontrak perladangan adalah salah satu industri yang disalurkan hanya kepada kroni UMNO. Pakatan Harapan terpaksa membaiki dan membetulkan kesemua kepincangan BN dulu. Ini akan mengambil masa.

So cukup-cukuplah dalam mencari kesalahan sahaja. Cuba tengok dengan mata hati celik usaha kebahagian rakyat yang diusahakan Pakatan Harapan yang baru 1 setengah tahun berkuasa.

Post a Comment

0 Comments