BERJASA TAK SETUJU DENGAN MUAFAKAT NASIONAL DI TANJUNG PIAI? GILA KUASA KE?



Tuan Haji Hadi tak lama dulu berucap bagaimana Gagasan Sejahtera dan BN mampu bersatu dibawah payung Muafakat Nasional dengan menyokong penuh calon MCA di PRK Tanjung Piai. Tetapi dengan tiba-tiba salah satu komponen Gagasan Sejahtera iaitu Barisan Jemaah Islamiah (BERJASA) meletakkan calon mereka sendiri yang bercanggah dengan apa yang dikehendaki Haji Hadi. Haji Hadi nak backup MCA walaupun dulu dia kata ONLY BACK UP Muslims. Takpela kot kan…sebab kan politik ni takde siapa ada pendirian jangka panjang.

Haji Hadi dah mintak penjelasan dari kepimpinan BERJASA apa alasan mereka meletakkan calon mereka untuk bertanding di Tanjung Piai. Alasan diberi BERJASA ialah mereka tidak dimaklumkan tentang persetujuan diantara GAGASAN dan BARISAN dan tidak dibawa bicara tentang Tanjung Piai.

Mohd Amar Nik Abdullah selaku timbalan presiden PAS pula menekankan yang tindakan BERJASA bercanggah dengan ‘semangat pembaharuan’ Gagasan Sejahtera yang ingin menyokong penuh sekutu baru mereka melalui Muafakat Nasional. Haji Hadi pulak kata tak payah kot nak bawa bicara sedangkan konsep Muafakat Nasional adalah kesepakatan. Entah lah Labu.

Persoalannya, apakah tindakan berjasa selaku komponen Gagasan Sejahtera tidak setuju dengan pencalonan Wee Jeck Seng kerana dia bukan muslim atau BERJASA ingin mencuba nasib untuk mendapatkan tempat di Parlimen dengan meletakkan presiden Badrulhisham Abdul Azizi mereka sebagai calon di Tanjung Piai? Macam mana pun, tindakan BERJASA telah menaikkan marah Haji Hadi.

Inikah trend masa depan Muafakat Nasional, walaupun sudah membuat deklarasi kesetiaan kepada Barisan Nasional, tetap lagi ingin menjadi ‘lone gunman’ dalam arena politik. Jika Berjasa mampu melakukan itu kepada PAS, apa yang menyekat benda sama berlaku jika Barisan Nasional inginkan agenda mereka didahulukan. Pemilihan Wee Jeck Seng memang menunjukkan yang BN akan meminta ‘kelebihan’ dalam Muafakat Nasional. Bukan kerana apa…BN masih melihat dirinya sebagai parti politik dominan di Malaysia dan tak akan ada parti yang boleh berjalan seriring dengannya.

Pendek kata…UMNO MASTER…dan yang lain adalah pengikut.

Post a Comment

0 Comments