Insiden-insiden Takleh ‘Brain’ Di Pentas Politik Malaysia.

Kredit Imej: TTF, Astro Awani, BH

Ismail Sabri baru-baru ni membuat kenyataan yang mengatakan kuasa mutlak perlantikan Menteri terletak di tangan Perdana Menteri. Usah disoal, diusul atau dipertikai kerana Perdana Menteri memang cukup pakar dalam hal-hal perlantikkan menteri. Yang membingungkan ialah cara penyampaian Pak Mail yang seolah-olah berdiri teguh dibelakang Tun Dr Mahathir. Ini mungkin sebagai reaksi kepada usul Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang minta Tun Mahathir menggugurkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dari jawatannya. 

Hadi Awang pula dengan sebulat suara (dah beberapa kali pun) menyuarakan sokongan kukuh PAS dan beliau ke atas pimpinan Tun Mahathir. Sokongan beliau juga menekankan yang SATU PEMBEDAHAN BESAR harus dilakukan di atas isu rombakan cabinet. Mukadimah beliau ditamatkan dengan keyakinan beliau terhadap kepimpinan Tun Mahathir.

Wee Ka Siong sorang je yang bising tentang isu kononnya wujud kronisme dalam pemberian kontrak NAFAS.

ADMIN TAKLEH BRAIN DAH NI !! Iklim politik Malaysia nak berubah dah ke? Ismail Sabri selaku Ketua Pembangkang membuat kenyataan ala-ala menyokong Tun Mahathir memang membingungkan semua ke tahap Alam Barzah. Hishamuddin pula seperti agen risikan zaman perang dunia kedua yang sentiasa mempunyai agenda rahsia.  Semasa Lokman Adam menyatakan yang Tun memainkan peranan dalam halatuju kes Najib dengan bercampur tangan dalam prosidur mahkamah, Hishammudin dengan sepantas kilat mengatakan ianya adalah mustahil yang Tun boleh bercampur tangan dalam cara kes mahkamah dikendalikan. 

Lokman pula menuduh yang Hisham juga adalah mastermind dalam pengaturan mesyuarat pelbagai MP di rumah Azmin Ali. Di tambah pula bila terdapat berberapa ahli Parlimen Barisan Nasional, termasuk Shahidan Kassim bermesyuarat di sana, biru terus orang sebab bingung tahap dewa jadinya.

Eko-sistem politik dimana-mana negara pun memang sentiasa berubah. Kesetiaan akan sentiasa mengikut peralihan kuasa. Kesetiaan juga diperolehi dari dominasi kuasa. Ini adalah budaya politik sejak azali. Tetapi budaya ini TIDAK PERNAH membingungkan rakyat seperti pembongkaran scenario yang kita lihat sejak dua menjak ini yang melihat bibit-bibit perubahan yang akan berlaku kelak. 

Persoalannya ialah adakah perkembangan-perkembangan yang makin mengelirukan rakyat  ini adalah lumrah MALAYSIA BAHARU atau tanda-tanda awal MALAYSIA DIPERBAHARUI?

Post a Comment

0 Comments