Kena Kepit MCA Ke Yop Oi?

Sumber: Morningchores

Al kisah cerita ni terbit dari sumber dalaman MCA. Kata sumber pimpinan tertinggi MCA berkeras untuk bertanding di Tanjung Piai. Dan jika mereka tidak diberi peluang bertanding di Tanjung Piai maka MCA AKAN BEREDAR KELUAR DARI BARISAN NASIONAL.

KALAU DAH DISEPIT MACAM NI terpaksalah Yang Amat Cermat Zahid Komedi pun mengalah kerana mengikut bancian 41% penduduk di Tanjung Piai adalah berbangsa Cina. Ini hanya menunjukkan yang bila berdepan dengan khayalak ramai yang sedang taksub dengan perpaduan ummah si Abam Zahid dengung berlagu tentang keutamaan yang diberi orang Melayu dan Islam…TAPI bila dah tersepit macam ni dia TIDAK bertindak sebagai Khalifah Ummah tetapi sebagai seorang ahli politik yang tipikal.

Inilah yang dikenali sebagai pimpinan bersyarat. Ya dia akan juangkan hak-hak komuniti, hak keagamaan, hak pelbagai hak ATAS SYARAT di beri HAK UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI. Tapi bila situasi tidak kondusif untuknya dia dengan mudah dan cepat menukar prinsip untuk kepentingan sendiri.

Sumber: MalayMail

Kata UMNO dan PAS dah cukup gagah untuk menentang ‘anasir-anasir’ PH tanpa keraguan…tapi bila dah diugut…terus tersadong, tergolek, terbalik ye yop..

Akhirnya yang rancak dijuangkan seperti amanat lah, vote muslim firstlah, hak melayu islam la..SEMUANYA DI CAMPAK TEPI supaya Barisan Nasional tidak hilang kelebihan status politik mereka.

Jadi persoalannya ialah jika BN diberi pilihan diantara mendapatkan semula kuasa dan hak individu Melayu, rasanya mana BN pilih..

SO DI MANA LETAKNYA KESETIAAN DI KALANGAN MUAFAKAT.
DI DALAM POKET SENDIRI LA BEB.

Post a Comment

0 Comments