Politik Lompat Pagar. Realiti Lanskap Politik Malaysia.



Pada tahun 1994 Pairin Kitingan selaku Presiden Parti PBS telah memenangi Pilihanraya Negeri Sabah. Dalam satu langkah yang mengejutkan ekosistem politik Malaysia, kesemua ahli PBS telah bersepakat untuk melompat masuk ke Barisan Nasional. Akibatnya pergerakan ‘strategik’ ini, Pairin tidak dibenarkan menjadi Ketua Menteri Sabah dan telah diganti Tun Sakaran Dandai.

Scenario selepas PRU14 juga menampakkan pelbagai individu dari UMNO yang melompat masuk ke Parti Bersatu dan PKR kerana mahukan kedudukan serta kehadiran relevan dalam mekanisma kerajaan terkini. Walaupun ramai yang melakukannya pelompatan ini secara kasual, ramai juga yang tidak berpuas hati dengan ‘aksi politik’ sebegini. Tetapi inilah lumrah politik di Malaysia. Mengikut budaya politik Malaysia jika mana-mana badan politik (lebih dari satu) yang bermuafakat atau bekerjasama dalam sebuah organisasi berdaftar, maka pemuafakatan tersebut boleh diambil kira sebagai memperolehi jumlah kerusi bersama. Ini dilakukan semata-mata untuk mencapai jumlah kerusi sebanyak 112 untuk membentuk sebuah kerajaan.

Mengikut prinsip serta semangat politik berdemokrasi yang dibentuk oleh orang Yunani semasa dunia baru bertamadun , pengendalian seperti ini tidak berpandukan kepercayaan ‘Fair Play’ langsung. BACK DEALING seperti ini tidak mencerminkan dasar demokrasi yang menjadi landasan lanskap politik kita.

Seperti juga dalam pasaran saham jika kita ditangkap membuat INSIDER TRADING maka seseorang itu akan dipenjarakan. Perbezaannya jika back dealing atau insider trading dilakukan dalam scenario politik seperti ini ianya TIDAK MEMPUNYAI KONSEKUENSI LANSUNG sedangkan aksi sama di pasaran saham termaktub dalam Kanun Keseksaan. LOOPHOLE seperti ini digunapakai dengan sewenang-wenangnya tanpa batasan moral.

Penganalis Politik dan Perundangan Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek pernah berkata, sehingga kini masih belum wujud akta atau undang-undang parlimen yang melarang ahli parlimen untuk melompat parti. Walaupun ini memberi manfaat kepada ahli politik ianya amat TIDAK adil kepada rakyat.

Rakyat memilih parti yang mempunyai cadangan, persona serta mandat yang mereka setuju. Rakyat memilih individu atau parti tersebut. Tanpa mengambil kira perasaan pengundi, parti atau individu tersebut secara tiba-tiba melompat masuk ke sebelah ‘sana’.
Disinilah kita dapat melihat secara terang-terang perangai opportunis serta sikap ahli politik yang hanya mementingkan diri sendiri yang hanya mengejar kuasa DAN LANGSUNG TIDAK MENGENDAHKAN RAKYAT yang diwakili.

Nurul Izzah kerana terlalu kecewa dengan pelompatan parti yang mendadak yang rancak berlaku pada suatu ketika dahulu dengan tiba-tiba hilang dari pentas politik. Harus menjadi amaran kepada semua ahli-ahli politik yang SEMUA YANG DIMULAKAN DI KOTAK UNDI AKAN BERAKHIR JUGA DI KOTAK UNDI. SEPERTI DI PRU14, KUASA BERADA DI TANGAN RAKYAT.

Akta untuk mengurangkan kes melompat jurang politik harus diwujudkan di Malaysia jika tidak sampai bila-bila kita rakyat akan dimangsakan sistem politikus yang terencat dan tidak adil ini. Tindakan mereka ini TIDAK SEJAJAR DENGAN SEMANGAT DAN RASIONAL SEBUAH SISTEM YANG BERPANDUKAN FALSAFAH DEMOKRASI.

Post a Comment

0 Comments