Program Subsidi Petrol 2020


Sumber: KPDNHEP 

Program Subsidi Petrol adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya. PSP akan dilaksanakan bermula Januari 2020.
Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy).
Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.
Pada masa ini, harga jualan runcit petrol RON95 yang dinikmati oleh orang ramai adalah dengan subsidi Kerajaan. Ini bermakna setiap liter petrol RON95 yang dibeli, Kerajaan membiayai subsidi supaya harga yang dibayar adalah pada kadar yang rendah, iaitu RM2.08 seliter. Harga sebenar bagi petrol RON95 adalah lebih tinggi dan sentiasa berubah mengikut pasaran

Subsidi pukal juga dinikmati oleh mereka yang tidak layak seperti warganegara asing, kumpulan berpendapatan tinggi dan syarikat-syarikat komersial.
Secara amnya, PSP adalah untuk mencapai objektif berikut:
  1. Mencapai UN Sustainable Development Goal ke-12: Penggunaan dan pengeluaran yang 
  2. bertanggungjawab;
  3. Mengurangkan impak kepada kos sara hidup dan membantu terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah;
  4. Mengurangkan ketirisan subsidi petrol;
  5. Mengurangkan beban fiskal;
  6. Menggalakkan perubahan tingkah laku oleh pengguna seperti penggunaan petrol yang cekap, penggunaan pengangkutan awam dan menggalakkan tabungan.

Kerajaan juga akan memperuntukkan RM2.2 bilion bagi skim PSP yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 8 juta pemandu.

Sumber: KPDNHEP

Post a Comment

0 Comments