Kepada yang kurang faham, di dalam perundingan yang baru, projek ini sudah pun bebas dari unsur-unsur pembaziran yang berpunca dari skandal 1MDB. Ini adalah hasil rundingan yang intensif dilakukan kerajaan PH, khususnya Tun sendiri, dalam memastikan penyambungan semula projek ini akan menguntungkan negara.
Anggaran nilai pembangunan kasar projek ini adalah sekitar RM140b.
Jika dahulunya harga pembelian harus dibayar dalam tempoh tujuh tahun, tetapi di dalam perjanjian yang baru harga pembelian akan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun sahaja.
Perundingan semula projek ini akan mempunyai perubahan positif seperti lebih banyak alokasi untuk rumah mampu milik iaitu dari 5,000 unit ke 10,000 unit.
Kawasan hijau juga akan dibesarkan lagi dari 48 ekar ke 85 ekar. Ini diharapkan akan melahirkan sebuah kawasan yang lebih kondusif untuk pembangunan komuniti dan masyarakat di sekitar Bandar Malaysia.
Terma -terma yang ditambahbaik termasuk pembayaran deposit yang berjumlah RM741 juta telah dikemaskinikan kepada RM741 juta termasuk pembayaran tambahan pendahuluan sebanyak RM500 juta.
Ratio bayaran dividen juga telah disama-ratakan 50:50 di antara ICSB dan TRXC (Kerajaan Malaysia), dan bukan lagi berat sebelah 60:40, seperti di dalam perjanjian yang lama.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Bandar Malaysia ini bahawa projek Bandar Malaysia akan memberi impak besar kepada ekonomi negara, sekali gus menjadi hab yang mampu menarik lebih banyak syarikat multinasional global berimpak tinggi ke negara ini.
Hab serantau ini akan melakarkan imej negara berbeza dalam mata pandangan pelabur dan sekaligus meletakkan semula Malaysia sebagai sebuah faktor prominen dalam rantau Asia Tenggara yang dihormati dunia sekali lagi.
Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC) sebagai sebuah konsortium telah memenangi tender untuk membangunkan Bandar Malaysia pada tahun 2015. Akan tetapi projek ini dibatalkan oleh BN pada tahun 2017 kerana pembongkaran skandal 1MDB yang telah mengeggarkan tiang pentadbiran Barisan Nasional sehingga runtuh pada tahun 2018.
Idea bernas ini telah diketepikan kerana sikap pemimpin Barisan Nasional yang rakus dan tidak teragak-agak dalam menyeleweng duit rakyat walaupun projek ini mampu mengubah lanskap infrastruktur negara dan mampu menjana perkembangan ekonomi negara.
Kerajaan Pakatan Harapan telah merumuskan bahawa penyambungan semula projek ini mampu memberi impak dinamik kepada negara melalui penubuhan Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Bandar Malaysia di bawah Kementerian Kewangan. Objektif utama Jawatankuasa ini adalah untuk berunding semula terma baharu yang lebih baik bagi memastikan projek ini benar-benar manfaatkan negara dan rakyat.
Menteri
Kewangan, Lim Guan Eng berkata bahawa daya tahan
ekonomi negara banyak disumbangkan oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan yang
membentuk kira-kira 78 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sektor
perkhidmatan menyumbang sebanyak 55 peratus manakala sumbangan sektor pembuatan
pula adalah 25 peratus.
Beliau
juga berkata bahawa daya tahan ekonomi yang berterusan itu menjadi bukti bahawa
ekonomi Malaysia tidak bergantung kepada harga minyak dunia seperti dulu.
Akan tetapi, Kerajaan juga sedar ramai pengkritik
dari kem pembangkang akan memberi komen-komen negatif terhadap projek ini untuk
mengaburkan mata rakyat tentang niat murni kerajaan dalam membangunkan negara,
sejajar dengan aspirasi kepimpinan Pakatan Harapan . Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Kerajaan berhasrat untuk mengambil tenaga kerja Bumiputera untuk perlaksanaan projek ini dan penyertaan Bumiputera akan ditingkatkan di dalam bentuk bahan-bahan pembinaan buatan Malaysia dan teknologi.
Secara amnya projek ini adalah satu langkah yang wajar dari segi pembangunan infrastruktur dan perkembangan ekonomi negara, walaupun pada mulanya ianya bergelumang dengan skandal 1MDB.


0 Comments