Islam Itu Sempurna

Sumber Imej: Malay Mail

Topik kita harini adalah mudah. Topik hari ini berkisarkan situasi yang berlaku di Terengganu di mana beberapa lelaki telah ditangkap dan dihukum penjara selama setahun sebab tak sembahyang Jumaat. Terengganu adalah negeri jajahan PAS. Di Kelantan pula sejak dulu memang takde panggung wayang kerana panggung wayang kononnya tempat kita bermaksiat…bukan ladang getah, rumah kosong ataupun bilik hotel di mana-mana tapi di panggung wayang. Kelantan juga negeri jajahan PAS.

PAS juga bersungguh-sungguh ingin mewujudkan sistem perundangan yang berasaskan hudud. Ini yang admin risau. Kekuatan Muafakat BN dan Gabungan bergantung pada PAS. Tak kisahlah kalau MCA menang kat Tanjung Piai. Kekuatan PAS masih tidak boleh ditandingi lain-lain sekutu UMNO.

Jika Muafakat Nasional dapat menguasai Malaysia…PAS akan diberi muka. Jika PAS ingin jawatan Perdana Menteri besar kemungkinan UMNO mungkin membenarkan mereka kerana risau PAS akan meninggalkan muafakat yang dibina. Jika PAS beredar dari pemuafakatan BN dan Gabungan ianya secara automatik akan melemahkan kedudukan Barisan Nasional. Dalam permainan politik ini mangsanya hanya satu. Mangsanya adalah semua rakyat Malaysia, tanpa mengira agama atau bangsa. Pendek kata situasi kerajaan Malaysia akan menjadi kurang selesa.

Malaysia bukanlah sebuah negara Islam fanatik….tidak seperti Iran, Syria atau Afganistan dan lain-lain negara yang memang berpegangan fanatikal dalam cara mereka mengurus negara mereka. Malaysia mempunyai pelbagai agama dan bangsa.

Sumber Imej: The Rakyat Post

Adakah kita akan mempunyai dua jenis Kanun Keseksaan dimana orang Islam akan dihukum berdasarkan hudud dan bangsa-bangsa lain dihukum dengan sistem perundangan sivil.

Jika ada dua pencuri dan salah seorang adalah seorang Islam, adakah tangan si pencuri Muslim akan dikerat dan pencuri bukan Islam pula sekadar duduk 1 tahun dalam penjara. Inilah persoalan yang melahirkan rasa tidak selesa dikalangan rakyat Malaysia. Jika PAS berkuasa mungkinkah kita akan rasa macam duduk kat Afganistan dibawah kuku besi puak Taliban?

Justifikasi keislaman pula makin menjadi. Kahwin dengan kanak-kanak di jawab dengan “APA SALAHNYA”? Menjandakan isteri sebab nak kahwin janda dijawab dengan “EH SUNNAH LA”..pukul isteri pula dikatakan HAK SUAMI...keruduman seperti ini dengan mudahnya di tolak tepi kerana menggunakan justifikasi agama…Perkara seperti ini akan makin menjadi-jadi dalam sebuah sistem yang mempergunakan dan peralatkan Islam.

ISLAM ITU SEMPURNA. ISLAM TIDAK SEHARUSNYA DIPERGUNAKAN SEBAGAI KUDA TUNGGANGAN AGENDA POLITIK.

Agama diperalatkan. Islam dipolitikan. Para muslimin dan muslimah dibodohkan. Admin jadi kurang selesa. 

Post a Comment

0 Comments