Kalau Betul lah Pemimpin DAP Tu Komunis…

Sumber Imej: Roketkini

Berita palsu di media sosial sudah menjadi satu kebiasaan di Malaysia. DAP dikatakan komunis. Pemimpin DAP diletak dalam satu rangkaian persaudaraan yang menyatakan mereka bersaudara dengan Chin Peng. Tak kiralah jika Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tu Hokkien atau Chin Peng tu Kantonis yang terang-terang tak memungkinkan tali persaudaraan.

Lagi teruk bila berita palsu melahirkan imej-imej seperti annual dinner komunis yang dianjurkan di ibukota sedangkan ianya sebenarnya event yang kat Thailand. Macam-macam cerita direka untuk menimbulkan rasa musykil terhadap DAP. Dari campurtangan DAP dalam hal ehwal Islam ke Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam yang akan diletakkan dibawah Kementerian Kewangan (bawah DAP) adalah semuanya berita palsu atau FAKE NEWS.

Kalau betulah pemimpin DAP komunis bukankah ianya logik yang mereka sudah bermati-matian memperjuangkan falsafah sosialis sejak sebelum merdeka lagi. Falsafah penyebaran doktrin sosialis mengikut Lenin harus dilakukan secara terbuka dan lantang. Tidak pernah sekali pun DAP memperjuangkan doktrin ini secara lantang atau tersembunyi. Kenapa tiba-tiba dituduh sebegini. Mudah sahaja. Berita palsu yang sensasi seperti ini mampu mengubah ‘status quo’ negara. Ia mampu meranapkan keamanan negara. Ianya mampu memecahbelahkan rakyat. Inilah yang mereka mahu. Supaya mereka boleh memainkan peranan THE GOOD GUYS.

Yang merisaukan admin adalah reaksi ramai penerima fake news ini yang percaya bulat-bulat tanpa usul periksa. Ini bahaya kerana fake news seperti ini memang mampu menimbulkan rasa marah dikalangan pembaca.

Kemarahan seperti juga boleh mengakibatkan pertelingkahan yang boleh membahayakan keharmonian dan stabiliti negara. Pihak yang mengeluarkan fake news memanglah tak bertanggungjawab kerana matlamat mereka adalah untuk memperkota katikan keadaan politik negara supaya mereka boleh memenangi sokongan golongan yang ditipu.

Ianya adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk bersikap prihatin dan tidak mudah terperdaya dengan berita-berita yang diterima. Ianya juga adaah tanggungjawab kita untuk mengsahkan berita yang diterima sebelum kita share di mana-mana media pun.

Masa depan Malaysia Adalah Tanggung Jawab Semua. Semak Sebelum Share

Post a Comment

0 Comments