Konsep Bandar Malaysia Musnah Kerana Dilahap Irwang Serigala Dan Najib Razak

Sumber Imej: Astro Awani

Baru-baru ni Najib Razak dengan ghairahnya mengkritik penyambungan semula projek Bandar Malaysia. Dia membuat tuduhan melulu kerana dengki tidak dapat menyambung semula projek ini dibawah pemerintahan Barisan Nasional. Senang cerita projek Bandar Malaysia ini dulu adalah dibawah 1MDB (Najib dan Irwang Serigala). Pabila 1MDB takde duit maka projek ni pun terpaksa lah dihentikan 1MDB sebab duit dah habis dijoli dan dirompak Jho Low dan Najib. Maka projek ini pun diberi status ON HOLD oleh Najib. Bukan diberhentikan kerana pada tahun 2017 Najib telah memanggil sesiapa yang layak untuk menjadi MASTER DEVELOPER untuk menyambung semula projek ini. Tapi sebab Najib kalah PRU14 maka projek ini terbengkalai sehingga disambung semula oleh Tun dibawah kerajaan PH yang telah berjaya menendang Najib dan kuncu-kuncu keluar dari Putrajaya.

Sebenarnya pada tahun 2017 Irwang Serigala telah diarahkan Najib untuk mencari ‘penyambung’(Master Developer) projek ini. Irwang pada masa ni adalah KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN (Kontrol duit kerajaan le) di bawah Kementerian Kewangan. Boss dia adalah Menteri Kewangan waktu itu iaitu Najib. Maknanya dia adalah kakitangan kerajaan. TETAPI beliau juga adalah PENGERUSI TRX dan BANDAR MALAYSIA dan Pengarah 1MDB. Pelik kan. Tapi takpe. Kalau kakitangan kerajaan lain jual karipap pun kena tindakan tata tertib…ini pulak Pengerusi dan Pengarah pelbagai syarikat.

Kalau korang nak tahu Irwang ni juga Pengarah Eksekutif MAS, Pengerusi Kumpulan Wang Persaraan (Ya KWAP yang pinjam duit berbillion kat 1MDB tu), Pengerusi Cyberjaya, ahli pengarah Khazanah Nasional, Pengarah MRT, Pengarah Tabung Haji dan banyak lagi Pengarah dan Pengerusi merata Malaysia. Kesemua entiti yang mana si Irwang ni menjadi Pengerusi atau Pengarah adalah antara CASH COW terbesar di Malaysia. Irwang memang AGENT NUMERO UNO Najib maka semua duit dari CASH COWS ni dikawal si Serigala Irwang termasuk segala harta dan wang Kementerian Kewangan. Senang kata dia MONEY MAN Najib dan KHADAM NO.1. Aku nak bayangkan elaun si Irwang Serigala ni pun susah. Ratus ribu sebulan kot elaun pengarah dia setiap bulan. Gaji kerajaan dia boleh simpan kat Tabung Haji kot.

Bandar Malaysia ni sebenarnya satu idea yang bernas. Tapi masalahnnya ianya menjadi satu keadaan yang kondusif bagi Najib dan kuncu-kuncunya untuk menyonglap duit tanpa noktah.

Tun sedar yang projek ini memang satu projek yang boleh menjadi pemangkin yang boleh mengembangkan lagi negara. Apabila kekeruhan dan penipuan yang dilakukan Najib dan Irwang dapat ditendang keluar maka apa yang tinggal adalah sebuah projek mega yang akan membangunkan lagi negara dari segi ekonomi dan sosial tanpa keraguan atau kecurian. Kerana penyakit-penyakit seperti Najib dan Irwang Serigala dapat dikeluarkan MAKA SETIAP NIKMAT DAN MANFAAT DARI PROJEK INI AKAN DIRASAI HANYA RAKYAT. DARI SUDUT SOSIO-EKONOMI, INFRASTRUKTUR DAN SOSIAL, MALAYSIA AKAN BERJAYA MENDEKATKAN LAGI NEGARA KE STATUS NEGARA MAJU.

Tapi Najib pulak kini menuduh pelbagai kepincangan dalam projek Bandar Malaysia ini. Kepincangan yang sebenarnya adalah semata-mata rekaan beliau dan angkatan trollnya untuk mengaburkan kebenaran. Kebenarannya ialah Najib dan Irwang telah menyonglap berbillion sehingga projek ni terpaksa dihentikan. Kebenarannya juga Najib telah mengarahkan Irwang untuk mencari MASTER DEVELOPER baru supaya mereka masih mengawal aspek kewangan Bandar Malaysia dan boleh sambung songlap. Kebenaran yang pasti..PROJEK BANDAR MALAYSIA HARUS DISAMBUNG SEMULA KERANA IANYA AKAN MEMANFAATKAN NEGARA DAN RAKYAT DALAM JANGKAMASA PANJANG.

Post a Comment

0 Comments