Sumber Imej: The Coverage
Deepak Jaikishan dan adiknya Rajesh pada suatu ketika pernah menjadi
proksi Najib dan Rosmah untuk pelbagai perniagaan. Ini bermakna Deepak and Co
menjadi wakil kepada Najib dan Rosmah dalam isu-isu pembelian tanah, perniagaan
dan lain-lain isu peribadi yang berkaitan dengan Rosmah dan Najib sekitar 2004
ke 2010. Deepak adalah tuanpunya Carpet Raya Sdn Bhd so ianya memang logiklah
untuk dikatakan Deepak rapat dengan Rosmah.
Baru-baru ini mereka memohon
perisytiharan mahkamah bahawa Najib dan Rosmah bertanggungjawab membayar
tunggakan cukai syarikat itu dan juga memohon ganti rugi beratus juta atas
pelbagai isu JANJI YANG TIDAK DITEPATI NAJIB. TAPI DEEPAK MENCABAR NAJIB BAYAR
HUTANG LHDN RM1.6B, DEEPAK AKAN MENARIK BALIK SAMANNYA. Saman mana satu pun tak
tahulah. Tapi yang pasti Najib memang banyak memberi kontrak kepada Deepak
KERANA NAJIB HANYA MEMENTINGKAN KRONI DAN BUKANNYA RAKYAT.
Deepak juga mengatakan Azeez Rahim (MP Baling) juga telah menjadi orang
tengah diantara Mahjib dan Carpet Raya. Deepak dan adiknya dulu sekolah kat St
John’s Institution dan telah mengambil alih perniagaan karpet bapa mereka. Tang
tung tang Deepak and bro ditarik masuk oleh Azeez Rahim dan diperkenalkan
dengan Mahjib… mereka kemudiannya menjadi makin rapat dengan Mahjib dan
bermulalah hubungan perniagaan Mahjib dan Carpet Raya.
Walaupun Deepak ni mengatakan dia enggan mengikut kata Mahjib sekitar
2012 tentang kes sivil P Balasubramaniam beliau juga pernah cuba menyaman Raja
Petra Kamaruddin apabila beliau mendakwa Najib telah mengarahkan pembunuhan
Althantuya. Deepak ni banyak melakukan dakwaan yang kadang-kadang bersifat
luarbiasa. Nak percaya ke tak tahulah. Contohnya beliau pernah mengatakan yang
anak kandungan Althatuya adalah anak Najib kerana Razak Baginda (sharing is
caring) mandul. Beliau pada ketika itu mungkin terlalu taksub dengan ceritanya
sendiri sampai dia lupa yang Razak Baginda ada anak seorang. Deepak ni dah
banyak kali cabar Najib memacam. Inilah perangai kroni Najib dan sekutu-kutunya
yang sah-sah tak boleh pakai
0 Comments