Beli Keta Mercedes Buatan Orang Islam



Flashback. Throwback. Cerita tahun lepas. Cerita Kerajaan Negeri Kelantan yang takde duit bayar staff sampai nak pinjam duit kat MOF.

Bising la Guan Eng ni sampai nak amek tindakan. Dia kata Kerajaan Kelantan takde duit la, tak reti nak urus ekonomi la, tak bayar staff la... sampaikan gaji kakitangan meningkat sampai 100 juta.

Haaa.. laa ni baru la Guan Eng tau, yang Kerajaan Kelantan lagi hebat dari Kerajaan Persekutuan ok.

Nacai Najib, Bani Bossku semua ni dok sebok pasal Toyota jee... Vellfire jeeee pun.. Kat Kelantan tu, walaupun takde Highway, MB dia pakai Merc S450 ok... Bukan bishe bishe... S Classsssss.

Kerlas kau MB Kelantan.

Jap, nak check website, berapa harga keta ni?

Apa, 700,000 MYR? Ohh mak pocot!!! Mahalnya.... 

Sinar Harian buat liputan zaman 10 November 2019...tolonglah baca.

Dalam ucapan pembukaan konvensyen, Setiausaha Agung DAP itu turut memberitahu bahawa kerajaan Kelantan tidak mampu mengurus ekonomi dengan baik berikutan terpaksa meminta bantuan kerajaan Persekutuan.
Katanya, walaupun permohonan diluluskan, beliau mendakwa tetap menerima kritikan dan makian, namun menegaskan perkara berkenaan diketepikan bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.
Beliau juga tidak menolak, kecaman pihak terlibat sebenarnya bagi menutup kelemahan diri sendiri yang dilihat memainkan sentimen perkauman dan agama.
"Kita bagi pun kena kecam, kena caci maki hamun tetapi inilah tanggungjawab sebagai kerajaan.
"Kalau mereka dapat perintah negara, habislah kita semua. Gaji pun tak mampu bayar, macam mana nak uruskan ekonomi?" katanya.
Sumber :
https://www.sinarharian.com.my/article/56556/BERITA/Nasional/Kerajaan-ambil-tindakan-jika-Kelantan-gagal-bayar-gaji-penjawat-awam


Malam tadi lepas dah menular gambar-gambar DV1 tu, Pejabat MB Kelantan dah panas, dah issue kenyataan. Dia sebut memang dah lama nak tukar kereta kerajaan. Nak tukar dalam 10-12 bijik kereta.

Sumber :
https://www.malaysiakini.com/news/507283

Mari kita sama-sama tengok, nak tukar semua Mercedes Benz ka Tuan Haji? Sila jawab soalan Cepumas.


Padahal, satu Malaysia tahu yang Kat Kelantan tulah yang paling ramai orang Miskin - tapi MB dia hidup senang lenang naik Merc. Apa citer ni?

Oooh Parti Islam SeMalaysia...di Mana Kezuhudan Kerajaan Kelantan ni? Nanti banjir esok hari, MB turun padang naik Merc ka? Mana Kezuhudan Kerajaan Kelantan ni?

Cubalah tengok yang Miskin TEGAR berapa banyak kat Kelantan...


"Statistik kemiskinan bagi bulan Jun 2019 menunjukkan miskin tegar di Kelantan adalah seramai 6,218 orang, manakala miskin adalah seramai 31,217 orang," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Kongres Sosioekonomi Kelantan 2019 anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kota Bharu, hari ini.

Sumber :
https://www.malaysiakini.com/news/489638


Dah la dulu sebok-sebok dok kempen Buy Muslim First. Support Produk Muslim. Beli kicap, meehoon, cili sos orang Islam...



Ambo nok tanyo sikit deh... Keta Merc tu Muslim ke yang buat?

Hhahahahhaha, Kantoi lagi Muafakat Nasional. Padan Muka. Pakai kopiah, macam alim sangat la konon, pakai jubah putih lengkap bagai, tapi  PAS  ni same jer CAM DUMNO rupanya.

Apa lagi mau tipu?

Post a Comment

0 Comments