CAN I ADVISE YOU SOMETHING!!! SPRM TAK SUBJUDICE KOT..


Malaysia telah digegarkan dengan rakaman audio diantara Najib dan Rosmah. Rakaman ini yang telah dimainkan oleh SPRM disebuah sidang media telah menjadi topik trending yang hangat diperkatakan. Rakaman ini sedikit sebanyak memberi kita bayangan tentang dinamik hubungan diantara Najib dan Rosmah. Ianya juga menjadi pengesahan atas apa yang disyaki majoriti rakyat Malaysia sebelum kecundangnya Barisan Nasional pada PRU14. Bagi admin isu yang dibincangkan diantara suami dan isteri tak sepenting isu SIAPAKAH SEBENARNYA BERKUASA semasa Najib menjadi Perdana Menteri. 

Shafee Abdullah selaku peguam bela Najib sudah bising dan mengatakan bahawa tindakan Lateefa Koya, Ketua SPRM dalam menyebarkan rakaman perbualan Najib dan Rosmah ni sebenarnya su-judice. Sub-judice ni dalam erti kata mahkamah ialah SESUATU PERKARA YANG SEDANG DIPERTIMBANGKAN MAHKAMAH. Naratif media Shafee sebenarnya salah apabila dia mengatakan yang Lateefa Koya “COMMITTED SUB-JUDICE”. 

" Mendedahkan rakaman itu sekarang dan membincangkannya di media hakikatnya adalah sub judice dan penghinaan. Kami menimbang secara serius untuk tindakan menghina (mahkamah) terhadap SPRM, terutamanya Latheefa Koya," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. 

Sub-judice bukan kesalahan tetapi bercakap dengan media tentang kes yang sedang dipertimbangkan adalah kesalahan dibawah Artikel 10(2) Perlembagaan Persekutuan. Artikel 10(2) melarang kebebasan bersuara tentang kes yang masih dalam perbicaraan. 
Ini adalah untuk menhindarkan ‘Trial By Media’ atau ‘Media Circus’ yang boleh mengganggu atau mempengaruhi proses kehakiman dan keadilan sesuatu kes. 

Jika Lateefa Koya atau SPRM dilihat sebagai menganggu proses keadilan dengan pendedahan rakaman audio ini ianya akan bertentangan dengan prinsip sub-judice dan boleh mengakibatkan penghinaan mahkamah dimana Lateefa sebagai seorang individu boleh didakwa. Tapi Lateefa pandai. DIA TIDAK BERTINDAK SEBAGAI INDIVIDU. DIA BERTINDAK SEBAGAI SPRM. Ingat!! Lateefa pun loyar gak.. 

So apa bezanya tanya pembaca? Dalam mana-mana kes penghinaan mahkamah, tindakan menghina adalah khusus untuk individu dan bukannya sebuah organisasi penguatkuasaan. Jika mahkamah membenarkan tindakan penghinaan terhadap sebuah suruhanjaya maka dalam majoriti situasi perundangan pihak defendan akan mencari helah untuk menuduh penghinaan mahkamah oleh SPRM. Walaupun ada hujah yang akan menengahkan isu ‘mala fide’ atau niat jahat, yang pasti rakaman ini berniat untuk memberi pencerahan. 

Also yang pasti….TELUR KECUT MAA DENGAR ROSMAH MEMBERI ARAHAN!!

Post a Comment

0 Comments