MCA INGIN JADI DAP


Baru-baru ni, MCA telah membuka pintu kayunya kepada pelbagai bangsa. Kepada yang tak tahu atau memang  lahir dalam gua, Malaysian Chinese Association yang ditubuhkan lebih kurang tahun 50an adalah sebuah parti etnik yang hanya membenarkan keahlian satu bangsa. Kalau korang tak tahulah. Ini telah menjadi tiang dan ateras utama dalam perlembagaan parti tersebut semasa ianya ditubuhkan.

Tetapi bila MCA kata dia nak membuka pintu keahliannya kepada pelbagai bangsa…semua orang pelik..termasuk manusia-manusia dalam Muafakat Nasional. Naratif sokongan MCA terhadap Muafakat ni actually sampai harini tak confirm pun…SO YA…MCA mempelawa pelbagai bangsa untuk menjadi ahli partinya. Adakah mereka akan diberi hak?Korang mungkin tanya hak apa? Ni biar aku jawab..HAK UNTUK MENYOKONG…that’s all.

Namanya Malaysian Chinese Association. Sebab nak jadi direct competitor dengan DAP punya pasal maka satu usul yang bengap telah diletakkan oleh parti yang dah hilang identiti ni. Sejak Disember 2019 menurut pengubalan perlembagaan parti ,ahli bukan Cina dibenarkan untuk menjadi ahli MCA. Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon kata tiap-tiap tahun ada Kadazan la, India la, Siam Kedah la (urm Melayu takde ke sebab DAP ada Melayu) dan macam-macam lagi kumpulan etnik yang berminat untuk join MCA. Moh jap kita tengok apa sebenarnya yang dioffer MCA kepada ahli-ahli bukan Cina.

Mereka ni akan dipanggil ‘ahli bersekutu’ (tidak seharusnya di konfuis dengan ‘ahli yang ada kutu’). Mereka bukan ahli biasa yang berbangsa Cina. Kita tengok dulu hak-hak mereka jika mereka menjadi ahli MCA.

Senarai hak mereka termasuklah:
1) HAK UNTUK HANYA MENYOKONG PARTI
2) HAK UNTUK BERJAWATAN TIDAK DIBERI
3) HAK UNTUK MENGUNDI TIDAK DIBERI
4) HAK UNTUK MEMILIH CALON YANG DISOKONG TIDAK WUJUD
5) HAK UNTUK BERDIRI LUAR PAGAR
6) HAK UNTUK MAKAN FREE….mungkin???

Banyak yang membuat spekulasi bahawa ‘pembukaan pintu’ ini hanyalah kerana MCA risau yang sokongan dari kaum Cina semakin pudar. Chong Sin memanglah menafikannya tetapi dari mata kasar, itulah lumrahnya.

Anyway kalau nak bezakan dengan DAP, banyak la bezannya kot. DAP diasas oleh pelbagai bangsa. Walaupun ianya mempunyai ramai ahli berbangsa Cina, ianya bukan sebuah parti bernaratif etnik seperti MCA atau MIC. Ahli pelbagai bangsa semuanya berhak untuk mengundi dan memegang jawatan dalam parti. Tak percaya tanya Zahid Hamidi…eh bukan…. ZAID IBRAHIM yang kini dilantik Ketua DAP negeri Kelantan.

So persoalannya siapa yang nak jadi ahli bersekutu MCA? INGAT!! JIKA ANDA MENYERTAI MCA ANDA AKAN DIBERI HAK UNTUK MENYOKONG MEREKA!!! Hahahahaha, tu je haknya pun. Kbai.

Post a Comment

0 Comments