Makin ruih dunia cyber bila kekencangan spekulasi makin dirasai. Ruih lagi bila ianya diberi nama. Kononnya Pakatan Nasional adalah langkah seterusnya dalam bab drama politik negara. Desas-desus mengatakan yang sebuah penyatuan baru akan lahir. Penyatuan dimana UMNO, PAS dan PPBM dan segelintir lagi individu dari 2 atau 3 parti yang lain akan bersepakat. Khabar angin juga mengambarkan situasi ini sebagai sebuah pembentangan scenario di mana bangsa dan agama diutamakan. Ini mungkin taktik baru angkatan pembangkang dalam percubaan mereka untuk menjurangkan kekukuhan Pakatan Harapan.
Tapi tiba-tiba tanpa didugai sesiapa, Lokman Adam dengan nada marah menentang kepimpinan Zahid Hamidi. Ramai terpinga-pinga dengan dakwaan beliau bahawa ZAHID HAMIDI ADALAH SEORANG PENGECUT KERANA INGIN MEMBAWA UMNO DAN MENUNDUK DIDEPAN TUN MAHATHIR. LOKMAN KATA INI ADALAH KERANA ZAHID TAKUT KENA SUMBAT DALAM PENJARA.
Tapi mari kita lihat logik pemikiran ini. Kalau betullah apa yang dikatakan Lokman yang juga mendakwa bahawa beliau mempunyai rakaman audio yang membuktikan kebenaran apa yang dikatakan MAKA ianya sebenarnya masuk akal.
SEBAB 1
Zahid Hamidi berdepan dengan 87 tuduhan pecah amanah, penyelewangan wang dan pelbagai lagi tuduhan rasuah. Dia perlukan ‘escape plan’. Kalau 1 dari 87 tuduhan tu melekat alamat makan free la Zahid dalam penjara sekurang-kurangnya 10 tahun. Cara terbaik dan tercepat untuk mencari jalan keluar adalah dengan harapan yang Tun Mahathir akan menolong dia dengan masalah perundangannya. Tetapi apa yang Zahid lupa ialah Tun Mahathir masih berpegang teguh kepada prinsip Rule Of Law. Selagi ini menjadi prinsip asas Pakatan Harapan, tidak mungkin Zahid akan dilepaskan begitu sahaja. Tapi inilah ilusi yang mungkin menjadi penjana perubahan fikiran dan pendirian politik Zahid Hamidi.
SEBAB 2
Zahid Hamidi mungkin masih bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Ini adalah sebab utama kenapa beliau balik dari ‘garden leave’ dan mengambil semula tampuk pimpinan UMNO dari tangan Tok Mat semasa rating populariti UMNO meningkat sikit. Zahid Hamidi pastinya terkilan apabila cita-citanya untuk menjadi pemimpin negara terbantut setelah kekalahan Barisan Nasional di Pilihanraya Umum ke 14. Beliau sudah pasti mengidam jawatan utama negara sekian lama. Beliau mungkin merasakan jika beliau menunduk hormat kepada Tun sekarang, dia mungkin akan diberikan jawatan kanan yang mungkin membolehkannya beranjak lebih dekat dalam mencapai cita-cita rakusnya untuk menjadi Perdana Menteri.
SEBAB 3
Zahid Hamidi mungkin sudah tidak tahan hidup didalam bayangan Bossku. Setiap Pilihanraya Kecil yang terjadi, apabila Bossku sampai ke tapak kempen, semua manusia ingin berselfie, berwefie dan segala fie dengan bossku. Kleptokrat tersohor ini sudah berjaya mengaburkan ramai umat manusia sehingga mereka menjadi taksub dengan kehadirannya. Mereka sudah lupa tentang duit berbillion yang disonglap. Mereka ingin aura Najib. Aku mengaku bomoh Najib memang power.
Situasi ini mungkin membangkitkan rasa iri hati didalam Zahid. Dia juga ingin ditaksubi. Dia juga ingin duduk atas motosikal kapchai dan digelar Bossku. Kemungkinan besar Zahid ingin merampas populariti Najib. Kalau dilihat pun, Zahid adalah presiden UMNO. Bukankah dia yang sepatutnya diraikan ala-ala selebriti? Bukankah hak dia sebagai presiden untuk dilihat sebagai manusia paling penting dalam UMNO. Tak pun. Itu yang dia tak puas hati kot. Itu yang diinginkan kot. Konflik diantara dua ni tunggu masa je. Maka Zahid pun mengambil langkah pro-aktif dan cuba menghubungi Tun Mahathir. Tapi ingat ini sekadar spekulasi. Masih belum ada tanda sah yang Zahid menghubungi Tun M. Ianya adalah sekadar dakwaan Lokman Adam.
Rasanya PAS dah belayar ke tempat lain. UMNO pula nak bertindak reaktif dalam pembabitan politik mereka. Yang pasti Zahid Hamidi sedang aktif mencari ESCAPE PLAN. Adakah ini rancangan Zahid dari dulu lagi? Sesama kita saksikan adegan seterusnya.
0 Comments