Apakah matlamat penipuan Pakatan Nasional ni?


Sekali lagi orang Melayu ditipu. Sekali lagi orang Melayu ditipu UMNO. Sekali lagi lahirnya strategi politik longkang yang lahir dari minda penyangak-penyangak yang tak lekang dengan penipuan. Yang pasti mereka pasti gelak seperti lanun. Mereka menggelakkan kau, orang Melayu yang asyik mengharapkan dan mempercayakan mereka. Mereka menggelakkan orang Malaysia kerana berjaya menipu satu negara.

Zahid Hamidi, anak kelahiran Ponorogo ni memang kaki tikam belakang. Dari zaman Anwar Timbalan Perdana Menteri dulu sehingga dia sendiri menjadi Timbalan Perdana Menteri. Anak kelahiran Ponorogo yang pernah cuba mempersoalkan status Melayu Tun Mahathir dengan bukti palsu pernah juga pergi mengadap Tun untuk kepentingan sendiri selepas Barisan Nasional kalah di PRU14.

Jadi kenapa terbitnya strategi penipuan skala besar yang dipanggil Pakatan Nasional? Apa endgame penipuan ini? Mengapa sekarang? Banyak soalan yang timbul dari kejadian Pakatan Nasional ni. Kalau diikutkan minda logik, strategi penipuan ini mungkin berlaku kerana ramai pemimpin UMNO menghadapi pelbagai tuduhan penipuan, penyelewengan wang dan penyalahgunaan kuasa.

Jadi mungkin juga idea ini lahir kerana mereka terdesak. Tapi memandangkan Tun mungkin tidak melayan idea ini mereka meneruskan kewujudan idea ini sebagai satu khabar angin yang lama-lama menjadi ribut taufan yang melanda negara. Naratif pelbagai pihak mengambarkan satu scenario yang merisaukan jika Pakatan Nasional ini benar-benar berlaku. UMNO sedar yang efek desas-desus yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat ini mempunyai kapabiliti untuk melakukan sesuatu yang UMNO tidak pernah berjaya membuat iaitu MEMECAH BELAHKAN KAUM dan MEMECAH BELAHKAN PAKATAN HARAPAN. Inilah yang diharapkan mereka. Tapi tak pecah belah pun.

UMNO memang mempraktikkan konsep politik ‘DIVIDE AND CONQUER’. Dalam konsep ini mereka memecah belahkan sekelompok manusia untuk melahirkan kelompok baru yang patuh pada naratif politik mereka. Khabar angin Pakatan Nasional hanya sekadar menggugat solidariti Pakatan Harapan sekejap sahaja seperti api mancis yang mati ditiup angin. Kekukuhan dan solidariti Pakatan Harapan tidak mudah digoyang dan tidak mungkin berderai.

Satu lagi sebab yang aku rasa kenapa Zahid Hamidi ni mengapikan khabar angin Pakatan Nasional ini ialah sebab dia takut dengan pengaruh Bossku. Setiap kali Bossku hadir dimana-mana majlis atau keramaian, Zahid akan menjadi Number 2. Number 1 tetap Najib. Orang berkerumun menyerang Najib. Nak berselfie lah…nak berwefie dan bagai...Zahid pula terpaksa duduk kat sudut jauh-jauh kerana tidak sepopular.

Akal logik mengatakan Zahid cemburu dengan populariti Bossku. Akal juga mengatakan yang Zahid akan mengikhtiarkan satu strategi untuk mengenepikan Najib. Ingat Zahid ingin menjadi Perdana Menteri. Ini memerlukan undian populariti. Tapi kalau letak sebelah Najib, Zahid ibarat semut sebelah gajah.

Yang pasti bahtera Najib mempunyai Bossku sebagai Nakhoda, Lokman sebagai Laksamana dan Azeez sebagai pengangkat barang. Nak menenggelamkan BAHTERA NAJIB memerlukan strategi yang lebih mantap.

Jangan risau Zahid tak lama dah ni. Kalau tak dapat berkongsi bahtera dengan Najib pun sekurang-kurangnya kau akan berkongsi penjara dengannya.

Tapi jangan jeles bila banduan lain suka Najib lebih hahahahahahaha

Post a Comment

0 Comments