Berapa banyak lagi Duit Rakyat digunakan untuk Bayar Pakar Media dan Komunikasi Jibons?

Lagi, dah lagi, pendedahan tentang Pakar-pakar Spin yang dibayar dengan lumayan oleh Penyamun Malaya kita. Baca kat sini :


https://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/03/report-najib-hired-top-republican-spin.html

Bila pikir balek, tak taulah kan berapa banyak duit yang Penyamun simpan kat rumah ke, kat Obersea ke, kat bawah tanah ke, kat Money Changer ke, sebab Pakar-pakar media yang dia pakai semua ni kan - semuanya yang Top kat Amerika. Mahal gila kot.

Jibon ni perasan dia sama level dengan Donald Trump, sama level dengan Presiden Amerika tu yang tak tahan. Padahal, Malaysia ni negara kecik jer - tapi Power Duit dia seakan-akan duit Negara yang paling berkuasa kat dunia. Seakan-akan dia ni Living the American Dream betol la.

Bayangkan, Mark Cavallo ni memang mengaku yang Jibon ni pelanggan dia. Tapi kita takde bukti apa "kes" yang Jibon soh dia handle. Congak-congak, confem la kes 1MDB dia kan, sebab dia glabah bila kes 1MDB ni DOJ dah bukak fail.

Mark Cavallo ni bukan calang-calang orang, hokay. Mamat ni Jurucakap Donald Trump, masa FBI dok siasat kes Donald Trump dan Russia masa depa dok sebok mengempen tahun 2016.

Sebelum tu, Cavallo pernah berkhidmat sebagai Pakar Komunikasi Tentera Darat Swasta Amerika, Blackwater Worldwide, yang berjaya membunuh 17 rakyat Iraq pada tahun 2007.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Jurucakap Peguam Negara Amerika, Jon Ashcroft, selama tiga tahun, dari 2002-2005.

Ha, hebat tak hebat Cavallo ni - spin jangan tak spin. Pendek kata, dia ni memang The Best la kat US tu.

Dengan CV yang hebat cenggini, you all Imagine la sendiri berapa Najib bayar mamat ni. Dah lah duit kita kecik kan, berbanding dengan Dollar Amerika - tapi Najib mampu nak bayar pakar-pakar media TOP ANTARABANGSA ni. Heran betul la.

Duit datang dari mana kalau bukan hasil rompakan?

Sebab apa nak bayar Pakar mahal-mahal ni kalau tak buat salah? Nak sorok apa sebenarnya, Nak Spin apa?

Admin pun tak tau nak kata dah la kan. Masih ramai Pengikut Bossku ni yang nak kata bebal pun tidak, nak kata bahlol pun salah.

Walau apapun, masih ramai yang menyembah bumi Bossku, yang mengagung-agungkan Bossku, padahal dialah Perompak Negara yang terunggul semenjak Parameswara jumpa Melaka dulu.

Kesian Tun Razak, apasal la dapat Anak macam ni punya pesen?

Sumber:

https://www.malaysiakini.com/news/468984?fbclid=IwAR1vGko4BPYPRjEZkydwVl2iaFU6WqXrcRgbDUeQqIEtvbI1W1PLQ0gVsmE

https://en.wikipedia.org/wiki/Mark_Corallo

Post a Comment

0 Comments