Telenovela Malaysia ni sebenarnya kalau nak diberi label yang paling tepat adalah sebuah drama realiti yang merangkumi semua media elektronik. Pusingan plot dia memang hebat. Sekejap ini. Sekejap itu. Ianya tak pernah kekurangan adegan cemas dan kadang-kadang mengerikan. Sejujurnya bila Rosmah mengujarkan 5 perkataan hikmahnya, CAN I ADVISE YOU SOMETHING banyak jantung berdegup kencang. Dia sama impak dengan adegan Lord Of The Rings bila Gandalf melaung YOU SHALL NOT PASS...semua orang tergamam. Makcik Bawang pun boleh terdiam.
Adegan paling feveret aku adalah masa Lokman Adam kata dia tak sehaluan dengan Zahid Hamidi. Aku gosok mata empat kali bila membacanya buat kali pertama. Hitman UMNO membantah dan mengutuk Presiden UMNO? WHAT THE FAKRUL???
Time ni jugaklah permukaan kolam politik Malaysia berkocak dan bergerak. Yang kita nampak dengan mata kasar adalah pergerakan di atas permukaan air tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku di dasar. Ada buaya ke? Piranha makan buaya ke? Buaya bersahabat dengan piranha ke? Banyak la spekulasi yang terbit dalam otak kerana ‘gangguan ketenangan air di permukaan’.
Lokman Adam menganggu status quo negara dengan memulakan angin spekulasi paling kencang sejak tahun…entahlah tahun apa…ANYWAY…Lokman perkenalkan bumi Malaysia kepada ungkapan Pakatan Nasional. Dia membantah taktik pengecut Presiden UMNO yang menurutnya sudah bersedia untuk membelot dan menyokong Pakatan Nasional yang kononnya adalah persekutuan 4 segmen politik Melayu iaitu UMNO, PAS, PPBM dan perpecahan dari PKR. Pakatan ini kononnya juga bermatlamat untuk menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri dan mencampak tepi DAP dan Parti Amanah dengan mengunakan retorik ketuanan Melayu.
Menurut Lokman dua orang mastermind penyatuan ini adalah Hishamuddin di belah UMNO dan Azmin di belah Pakatan Harapan. Selang beberapa hari selepas Lokman di pecat UMNO kerana kebiadapannya terhadap Zahid, Zahid dan Annuar Musa dua-dua mengatakan tidak wujud konsep Pakatan Nasional dan ianya hanyalah satu khabar angin.
Bam-bedebam selang tak sampai seminggu keluar pulak cerita tentang kewujudan sekeping Statutory Declaration. SD ni menurut pihak-pihak tertentu mengandungi 138 tandatangan ahli parlimen yang menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal. Ianya jadi semakin membingungkan bila Hadi dan Takiyuddin dari PAS dengan sekuat suara dan sepenuh hati menyokong kepimpinan Tun. Mereka ingin membawa ke parlimen usul undi keyakinan supaya Tun dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.
Ini bermakna jika undi keyakinan untuk Tun dapat dikecapi, Anwar Ibrahim tidak akan ada peluang untuk menjadi Perdana Menteri (dejavu kot). Ramai yang membuat spekulasi tentang nama-nama yang tertera dalam SD ini. Ada yang mengatakan nama Najib ,Zahid, Hishamuddin dan Azmin ada dalam SD ni. Ini mungkin hanya spekulasi yang langsung tak berasas tapi bunyinya macam logik kerana Najib dan Zahid sedang berdepan dengan pelbagai dakwaan yang akan berakhir dengan makan free di penjara.
Dalam semua spekulasi ini aku nak tanya sikit. Soalan yang berlatarkan perlembagaan negara. Soalan yang berkaitan sistem elektorat. Sistem elektorat ni dah wujud beratus tahun. Ianya adalah asas pembangunan sebuah sistem demokrasi. Dari England ke Peranchis sejak ratusan tahun dulu sistem ini digunakan untuk mencari pemimpin sesebuah organisasi atau kerajaan yang disukai dan dipilih pihak majoriti. Ianya direkabentuk khas untuk memberi keseimbangan dalam masyarakat. Seperti yang selalu diungkapkan dunia barat, MAJORITY RULES yang membawa maksud, pilihan majoriti diberi mandat untuk memimpin, kita harus (sebagai komponen dalam pemerintahan demokrasi) mematuhi kehendak majoriti. Sistem fairplay harus dihormati. Kehendak rakyat di PRU 14 tak lama dulu mesti ditegakkan.
Namun api spekulasi melakarkan satu situasi dimana sebuah ‘backdoor government’ boleh dan akan ditubuhkan dengan satu pakatan baru. Senang kata 3 parti akan masuk satu bilik, tandatangan satu dokumen pemuafakatan dan isytiharkan sebuah kerajaan baru. WHATTTTTT!!!
Takkan atau akan? Itulah soalan yang lahir dalam semua minda manusia di Malaysia. Ada yang takut. Ada yang kecewa. Ada yang riang. Yang pasti kalau terjadi juga formasi sebuah kerajaan dengan kaedah ini bermakna TIADA DEMOKRASI DI MALAYSIA. MANDAT DAN SUARA RAKYAT TIDAK PENTING LANGSUNG DI MALAYSIA. Ini juga bermakna, di Malaysia, bumiku yang dicintai, tanah tumpahnya darahku dan negara impian Tunku Abdul Rahman…AKAN MATINYA SISTEM ELEKTORAT KERANA DIBUNUH PEMIMPIN-PEMIMPINNYA.




0 Comments