Menjadi jururawat adalah satu pekerjaan yang sukar. Selain menjadi sistem sokongan kepada para doktor, jururawat juga terpaksa melayan pelbagai jenis kerenah setiap hari tanpa rehat. Mereka dianggap sebagai nadi utama dalam sesebuah hospital. Mereka ini adalah kaum manusia yang mulia.
Gaji tak seberapa, tapi jiwa dan raga diberi tanpa soal. So, ini adalah kisah seorang jururawat dari negara seberang yang balik kerja selepas shift yang lama. Kisahnya dia naik bas dengan harapan yang dia akan sampai kerumah untuk berjumpa kaum keluarga dan dapat berehat lepas bekerja keras sepanjang hari. Baru nak rilek je dalam bas tiba-tiba seperti sebuah mimpi ngeri, jururawat tersebut telah ditendang keluar bas yang dinaikinya. Terpinga-pinga jururawat tersebut. Dia tak paham kenapa ini terjadi. Kenapa dia ditendang keluar walaupun setitik salah pun tak dilakukannya?
Menurut posting media sosial adik jururawat ni apa yang terjadi ialah
“KAKAK SAYA BALIK RUMAH MENANGIS HARI INI. SEORANG MANUSIA TELAH MELIHAT BAG NTUC (BEG SUPERMARKET) DAN NAMPAK PAKAIAN SERAGAMNYA DAN TELAH MENJERIT KEARAHNYA UNTUK TURUN DARI BAS TERSEBUT KERANA DIA SEORANG JURURAWAT.
DIA DISURUH KELUAR BAS TERSEBUT OLEH LEBIH DARI SEORANG PENUMPANG BAS TERSEBUT. SEORANG LAGI JURURAWAT YANG CUBA MEMPERTAHANKAN KAKAK SAYA JUGA DITENDANG KELUAR DARI BAS TERSEBUT. KAKAK SAYA MENANGIS” KATANYA LAGI…
Semua ini kerana takut dengan COVID 19 atau Coronavirus. Mereka ini
mungkin bertanggapan yang jururawat tersebut mungkin akan menjangkitkan mereka.
Ini dah kes teruk ni. Ketakutan terhadap COVID 19 tidak seharusnya menjadi
alasan untuk mendiskriminasi mana-mana individu. Lebih-lebih lagi dari komuniti
kesihatan yang sedang berhempas pulas memerangi virus ini.
Seorang pemandu ambulans di Singapura juga telah dilarang untuk membeli
nasi ayam kerana membawa ambulans. Pekedai mungkin mempercayai yang pegawai
kesihatan ni akan menyebarkan virus COVID19. Yang mereka lupa jika mereka-mereka
ini sakit teruk siapa agaknya akan membawa mereka ke hospital. Abam ambulans
terpaksa berlapar kerana tidak dibenarkan untuk membeli sepeket Nasi Ayam.
Dengar cerita Abam Ambulans ni terpaksa menjamah biskut last-last. Kesian betul
aku dengar…
Seorang warganegara negara Malaysia juga tidak dibenarkan masuk ke
Singapura pada 2 haribulan Februari 2020. Ini adalah pelik kerana terdapat 50
kes jangkitan COVID 19 di Singapura sedangkan kes jangkitan di Malaysia hanya
pada angka 18.
Apa-apa pun semasa zaman tengah krisis ni kita cubalah kurangkan
kebencian. Admin faham yang semua orang takut tapi kalau kita tengok dari segi
peratusan kematian berdasarkan jumlah manusia yang dijangkiti situasi COVID 19
masih dalam kawalan.
Tak semestinya kalau dah krisis kita lupa agama dan sifat kemanusiaan.
Tu jelah. Kbai.




0 Comments