KPI Boss Tabung Haji, Asyik Tipu


Seperti yang kita sudah sedia maklum, keje Ismee ni jual beli Aset Tabung Haji, pas tu duit yang dapat, dengan yang hilang entah ke mana, masuk poket siapa? 
Baca ni, hebat tak hebat Malaysia, beli Ladang Sawit, deal terbesar di dunia la masa tu. Bangga jap jadi Malaysian.
Berita yang ni pula, dari The Edge, cerita dua tahun lepas, duit jual ladang masih belum diterima sampai laaaa. Tak tau la menyimpang ke mana duit tu? Masuk poket siapa?,Ok, kita tak mau tuduh menuduh, cuma nak bagi tau orang Kampung, CEO TH ni gaji dah la besaq, 80,000, buat keje … hmmm, hang jawablah nanti kat Akhirat.

Ceritanya cam ni. Lapan tahun lalu, 2012, Tabung Haji jual 95% saham PT TH Indo (THIP) yang dimilikinya kepada PT Borneo Pacific. THIP memiliki 83,000 hektar ladang kelapa sawit kat Indonesia.

So apa kes ni?

Kesnya, jual saham, tapi duitnya tak dapat-dapat. Dapat pun tak sama dengan nilai yang dijanjikan sampailah TH mengalami kerugian. Itulah dia ringkasan Jual Beli PT TH Indo ni. Lepas dah bagi diskaun pun, PT Borneo masih tak mampu nak bayar sepenuhnya.

PT Borneo ni asyik tunda bayaran, so bila tunda menunda ni, Ismee boleh jer tebus deposit (USD 18.2 juta) – tapi tak buat pulak. Pelik kan?

Tahun 2018, dah ada laporan polis terhadap Ismee, CEO, Hazlina M Khalid, penasihat undang-undang dan Rifina Md Ariff, Pengurus Besar Hartanah dan Perkhidmatan Korporat. Depa ni macam-macam buat keputusan dalam diam-diam, sorok maklumat – buat macam Syarikat Mak Bapak depa. Kesian Orang Kampung dok simpan duit bertahun-tahun nak naik haji, last2 rugi.

KEDUA

Pas tu, dahlah tak bayar habis, Ismee tetiba dalam tahun 2014, mengarahkan semua saham TH dilepaskan kepada nominee PT Borneo, PT Nusa Prima Energi. Padahal, bayaran belum habis diterima ni. Saham semua dah hangus!

Bila saham dah hangus, duit tak dapat, maka dengan itu, subsidiary TH, iaitu TH Indopalms dan TH Indo pun rugi. Rugi berapa ye? Tak banyak. Deposit yang tidak ditebus RM 76 Juta dan baki jual beli RM 11,650.105. Jumlah besar: RM 77 juta lebih la duit Orang Kampung dah Hangus.

KETIGA

Tak cukup rugi kat situ, TH pi bayar hutang untuk PT Borneo kepada Maybank Islamic. Agreement kata PT Borneo yang patut bayar Maybank, tapi yang bayar TH pulak. Apa hal ni? Overtime betul si Ismee ni kan. Advance payment la konon. Dia nak bayaq dulu untuk depa.  Berapa pulak ni? USD 178.6 juta. Adooi, sakitnya hati. Rugi lagi.

KEEMPAT

Ismee dikatakan tidak mengemukakan fakta yang sahih dalam mesyuarat Lembaga Pengarah TH. 2 Dis 2012, Ismee mengatakan bahawa bayaran USD 81.8 Juta sepatutnya dibayar pada 31 Mac 2013. Sebenarnya, wang tersebut patut dibayar pada 14 Dis 2012. Patutnya kat sini, sekali lagi TH boleh tebus wang deposit yang berjumlah USD 18.2 Juta. Sekali lagi, Ismee tak buat. 

Dua tahun lepas tu, 9 April 2014, Ismee kata Jumlah wang sebanyak USD 280 Juta telah pun dibayar kepada THIP, tapi sebenarnya, tidak ada pengesahan pun yang wang tersebut telah diterima.

Ismee oh Ismee, kenapa la kau suka menipu? Kau ni nak cover untuk siapa sebenarya? Duit yang hilang tu pergi ke mana???? Orang kampung nak tau!

Sumber: 

This article first appeared in The Edge Malaysia Weekly, on December 10, 2018 - December 16, 2018.

Post a Comment

0 Comments