KPWKM Pelan Strategi Kebangsaan Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur


Antara isu yang telah membimbangkan masyarakat adalah perkahwinan bawah umur. Ini kerana perkahwinan bawah umur sudah lama diamalkan di Malaysia dan ramai lagi yang tidak sedar akan kesan negatif perkahwinan bawah umur terhadap kanak-kanak. 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melancarkan pelan strategi kebangsaan menangani punca perkahwinan bawah umur untuk mengekang masalah tersebut. Dalam usaha itu, kerajaan telah mengenal pasti langkah-langkah dan punca isu perkahwinan bawah umur melalui perundangan dan punca-punca berlakunya perkahwinan bawah umur.

Terdapat enam faktor utama berlakunya perkahwinan bawah umur tersebut iaitu:-

1. Punca pendapatan yang rendah dan kemiskinan

2. Kekurangan atau ketiadaan akses kepada pendidikan kesihatan seksual reproduktif dan kemahiran keibubapaan

3. Kekurangan akses kepada pendidikan dan kehadiran ke sekolah yang rendah

4. Stigma dan norma sosial terhadap perkahwinan bawah umur yang dijadikan pilihan terbaik dalam masyarakat untuk menyelesaikan masalah

5. Kelonggaran undang-undang yang memperuntukkan permohonan berkahwin di bawah 18 tahun

6. Kekurangan penyelarasan data perkahwinan dan perceraian bawah umur 

Faktor ini akan ditangani melalui perubahan dasar, penambahbaikan perundangan dan pelaksanaan program dan aktivit kesedaran. Plan tersebut melibatkan kerjasama dengan 61 agensi di peringkat Kerajaaan Persekutuan serta negeri dan pertubuhan antarabangsa. Antara program yang terlibat adalah:-

1. Memperkukuhkan program sokongan sosio-ekonomi dan 'outreach' sedia ada

2. Usaha menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun bagi kanak-kanak perempuan

3. Menyediakan perkhidmatan kesihatan reproduktif diri yang mesra kanak-kanak dan remaja.

4. Menawarkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan kemahiran kepada kanak-kanak atau belia yang tercicir daripada pendidikan.

5. Memantapkan data perkahwinan dan perceraian (orang Islam dan bukan Islam) termasuk di bawah umur 18.


Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Post a Comment

0 Comments