Sumber: Harian Metro
Jom citer pasal konsep gerai nasi lemak. Kalau ada
gerai nasi lemak kat tepi jalan yang sukses, sah selang 2 atau 3 bulan beberapa
gerai nasi lemak lain akan muncul dengan tiba-tiba di kawasan sama. Ini mungkin
kerana ada yang ingin berkongsi pasaran di kawasan itu atau lahir dari sifat
dengki pabila sukses itu bukan hak dia. Inilah dia satu kepastian realiti bisnes
Warga Melayu. Tak habis-habis nak dengki.
Orang Melayu, senang kata amat mudah hanyut dengan
sentimen. Walaupun ianya benar yang dosa-dosa seseorang itu akan diampunkan
jika seseorang bertaubat, adakah konsep tersebut memulihkan kesalahan yang
sebesar pencurian 1MDB atau kepincangan yang berlaku di dalam Felda atau Tabung
Haji. Mungkin juga kita lupa yang organisasi seperti ini DIAMANAHKAN untuk
menjaga kepentingan kaum Melayu yang 100% Islam. Ini bermakna jika amanah
diabaikan maka tiang kepentingan orang Islam dirobohkan begitu sahaja untuk
kepentingan sendiri. Rakus, Tamak Holaba. Jijiknya.
Dibawah
adalah coretan dari rencana yang ditulis oleh Datuk Kadir Jasin.
Ia bermula dengan cita-cita melangit Perdana
Menteri waktu itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak melancarkan tawaran awam
permulaan (IPO) perladangan
terbesar di dunia pada tahun tersebut.
Bagi melakukan IPO itu, beliau sekali gus memindah
dan menggadai harta Felda serta kebun peneroka kepada Felda Global Ventures
Holdings Berhad (FGV). Ini adalah harta yang diwujudkan seawal tahun 1957 –
tahun kemerdekaan – apabila ladang pertama Felda dibuka di Lurah Bilut, Pahang.
Harta-harta itu dipindahkan kepada FGV pada harga
biasa tetapi FGV menjualkan saham-sahamnya pada harga yang amat mahal, termasuk
kepada peneroka.
Saya telah menulis mengatakan bahawa harga RM4.55
sesaham itu terlalu tinggi dan sukar dipertahankan dan membuat kesimpulan
bahawa ia lebih berupa skim cepat kaya menjelang Pilihan Raya Umum 2013.
Kebimbangan saya menjadi kenyataan. Setelah
melonjak naik hingga RM5.46 apabila perniagaan dimulakan pada Jun 2012, harga
saham FGV jatuh merudum secara sistematik dan berterusan hingga hari ini.
Tetapi matlamat jangka pendek Najib tercapai. Harga yang
melambung itu membolehkan pihak-pihak tertentu mengaut keuntungan modal
lumayan.
Dari segi harga, saham FGV kini boleh dianggap saham sampah (junk
shares). Pada 11
April, harganya adalah RM1.25. Ertinya pelabur telah rugi RM3.30 bagi setiap
saham FGV yang mereka beli ketika IPO.
Kerugian pelabur menjadi mutlak kerana FGV gagal
membayar dividen yang baik. Kecelakaan paling besar ditanggung oleh Felda dan
peneroka kerana mereka adalah pemilik utama.
Felda di tubuhkan pada tahun 1956 bermatlamat untuk menjaga kepentingan
dan kehidupan pekebun Melayu. Itu matlamatnya. Tapi matlamat tu dibawah Najib
Razak jadi hancur musnah terus.
Melayu mengamanahkan Najib untuk
memperkasakan Felda.
MELAYU AMANAHKAN MELAYU. LEPAS TU MELAYU TIPU
MELAYU. TANPA RASA BERSALAH YANG TAK TAHAN TU.
Tapi bila Melayu (Najib) mengapikan sentiment
perkauman, Melayu yang sebelum ni marah ya amat terus memaafkan Najib dan
mengangkatnya sebagai penyelamat bangsa Melayu.
Semua ini menjadi tanda tanya samada Melayu sedar bila mereka
ditipu dan pada masa sama juga hanyut
dimainkan sentimen. Sampai bilalah agaknya Melayu akan benar-benar sedar MELAYU
SENTIASA MENIPU MELAYU.


0 Comments