Sumber: Sarawakreport
Saidi ni memang kaki kepit Kak
Mah. Saidi yang juga ahli PBB Sarawak ini dulunya orang kanan kepada Datuk
Talib Zulipilip yang juga dikatakan rapat dengan Governor Taib Mahmud.
Projek solar hybrid untuk
sekolah-sekolah pendalaman di Sarawak bermatlamat untuk mengurangkan pergantungan
kepada gen-set diesel untuk menjana kuasa dielektrik. Selain dari mahal diesel
juga mempunyai impak yang kurang baik kepada alam semulajadi.
Lagi pun kalau TNB nak masuk ke
kawasan pendalaman ni, susah kot. Maka idea untuk mendirikan infrastruktur solar
ini akan memberikan bekalan elektrik kepada 369 sekolah dipelbagai kawasan di
Sarawak.
Kalau ikut perkiraan aku dan dalam pengamatan aku daripada semua yang aku baca tentang Jepak ni, mereka TIDAK LAYAK untuk menjadi kontraktor dalam pemasangan infrastruktur solar hybrid di kawasan pendalaman. Bertahun-tahun pengalaman yang diorang ada hanyalah menyewa kereta.
Dengan tiba-tiba tanpa diduga,
Jepak dapat kontrak sebesar RM1.25 billion untuk mendirikan infrastruktur solar
ni. Direct nego tu. Kepada yang tak tahu apa itu direct nego ni, direct nego
ialah bila sesuatu projek yang bernilai besar diberi terus kepada syarikat pilihan
Menteri ke, KSU ke atau sesiapa yang mempunyai kuasa. Disini yang berkuasa
adalah bekas Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid. Tetapi melalui Rizal Mansur
iaitu pegawai sulit Rosmah Mahdzir Khalid dipaksa memberi LA atau Surat
Perlantikan Jepak untuk projek ni.
Apabila kepincangan didapati
Menteri sebab dokumen tak cukuplah, pengalaman takdelah, bank guarantee tak
cukuplah MAKA Menteri pun menyoal lah tentang perlantikan mereka. BILA DISOAL,
Pengarah Urusan Jepak Holdings si Saidi dan rakan kongsi dia telah mengugut
Menteri Pendidikan (bila Mahdzir enggan memberi surat perlantikan) yang
KEDUDUKANNYA SEBAGAI MENTERI TAK LAMA. Ini kerana Saidi kata dia akan merepot
keengganan Mahdzir kepada ‘Mem’. Mem sebagaimana korang tahu ialah Rosmah yang
berkali-kali memaksa Mahdzir mempercepatkan perlantikan Jepak Holdings.
Najib sendiri pernah
mengarahkan Menteri memberi duit pendahuluan sebanyak RM130 juta kepada Jepak
sebelum apa-apa dilakukan mereka pada bulan November 2016. Arahan seperti ini
boleh dikirakan pelik bila Perdana Menteri sendiri mengarah Menteri Pendidikan
bertindak dengan segera keatas projek yang direct dibawah Menteri Pendidikan.
Selama 18 bulan dalam kontrak 3
tahun tu Jepak dibayar Progressive Payment. Satu habuk pun tak naik. Berjuta
dibayar tu. Jepak kemudiannya berkonflik dengan sub-kontraktor mereka tentang
isu output sistem solar Hybrid yang sepatutnya 90% dan bukannya 70%. Peratusan
ini adalah untuk mengurangkan lagi pergantungan keatas gen-set diesel.






0 Comments