Lepas Ke Najib Di Bawah Muhyiddin?


Waktu Muhyiddin di bawah UMNO dulu kalau korang ingat  beliau telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2015 oleh Najib kerana mempersoalkan isu 1MDB. Waktu itu Muhyiddin ni duk diam walaupun ada sumber yang mengatakan bahawa Rosmah selalu hadir di mesyuarat kabinet dan memberi arahan kepada menteri-menteri macam dia tu Perdana Menteri. Biasalah…time tu kan dia FLOM (First Lady Of Malaysia). Kalau boss Menteri Kabinet, Najib kena ikut telunjuk dia..menteri-menteri tu apalah sangat.

Muhyiddin mengikut sumber tak suka Rosmah. Sumber juga mengatakan banyak kali bila Rosmah bersuara dalam Kabinet, Muhyiddin buat dek je. Dia ignore FLOM sebab FLOM bukan ada kuasa kat Kabinet pun. Tapi setelah isu 1MDB meletup bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, Muhyiddin tidak dapat berdiam diri dan menegur Perdana Menteri. Bam boom kedebam, Muhyiddin kena pecat. From SOMEBODY TERUS JADI NOBODY.

Tak ramai yang tahu, semasa Muhyiddin menengahkan isu 1MDB dan menentang Najib secara terbuka, cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri sudah wujud. Ikut logik la. Kalau Najib berasa malu dan meletak jawatan sebagai PM, maka sudah pasti Muhyiddin yang akan diangkat sebagai Perdana Menteri. Perjudian Muhyiddin tak jadi sebab dia lupa yang Najib mana kenal malu. Ingat…MALU APA BOSSKU!!. So dari mengambil langkah terhormat iaitu meletak jawatan Najib tak berganjak dan memecat Muhyiddin.

Di sinilah Muhyiddin berlari sambil menangis (kasi drama sikit) dan sampai di pintu depan Tun M yang pada masa tu tengah sibuk beryoga (tambahan drama gak). Di sinilah lahirnya kolaborasi antara Tun M dan Muhyiddin untuk menjatuhkan Najib Razak. Lahirlah PPBM atau UMNO 2.0. Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau versi Inggerisnya United National Malay Organisation 2.0 (see what I did there) memulakan perjuangan menentang habis-habisan. Ada sumber yang jumpa Muhyiddin beberapa hari selepas dia dipecat di area Bukit Damansara tak jauh dari cawangan Rojak Bellamy di kawasan tu dan melihat raut wajahnya seperti orang hilang semangat. Muka lesu.

Beliau pada waktu itu amat marah dengan Najib kerana merampas peluang beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Jadi beliau menyokong Tun dalam perjuangan terhadap Najib. Apa yang Tun tidak tahu pada masa tu ialah DNA Muhyiddin yang masih lagi UMNO. Bak kata pepatah ‘ENGKAU BOLEH KELUAR DARI UMNO TAPI UMNO TAK BOLEH DIKELUARKAN DARI KAU’. Tak percaya tanyalah majoriti ahli PPBM yang wujud harini.

Walaupun Muhyiddin mungkin tidak bersetuju bekerjasama dengan DAP pada waktu itu, dia telan je. Ingat… DNA dia UMNO… dan DAP adalah ‘archnemesis’ UMNO. Untuk melaksanakan cita-citanya apa-apa yang diusulkan Tun Muhyiddin turut je. Dia tunggu dengan penuh sabar. Menurut je walaupun diturunkan pangkat ke Menteri Dalam Negeri.

Langkah Sheraton menjadi peluang keemasan yang ditunggunya sejak 2015. Untuk mengambil semula tempatnya sebagai salah seorang ‘runner up’ untuk jawatan Perdana Menteri. Tun pun tak saspek. Azmin diperalatkan (macam la tak biasa kan) untuk menjadi arkitek Langkah Sheraton. Zuraida pun digunakan sekali. Kedua-dua ni ada satu persamaan. Mereka dua-dua benci Anwar. SEMUA LANGKAH TERBANTUT KECUALI LANGKAH MUHYIDDIN.

Berbalik ke soalan adakah Najib akan terlepas kini setelah Muhyiddin mencapai cita-citanya? Jawapan panjangnya macam ni. Muhyiddin seorang egoist (tak percaya tanya mana-mana ahli PPBM) dan dia pastinya tidak akan melupakan bagaimana dia dicampak tepi Najib dan egonya diguris tanpa belas kasihan. Juga kalau Najib terlepas dari pelbagai tuduhannya, populariti Bossku akan menganggu keharmonian sokongan terhadap Muhyiddin. So Najib lepas tak? Jawapan pendeknya. TAK KOT.

Post a Comment

1 Comments

  1. Pemerhatian kamu.. ringkasan juga kamu yang ulas �� memang Muhyiddin tak berapa suka Rosmah.. tapi bukan dia dibuang sebab itu... Kamu lupa, sebagai TPM, pada masa itu, hanyalah PM title tertinggi yang belum dia jawat.. kita melihat rentetan kisah persengketaan Najib dengan Tun.. disitu yang menjadi titik tolak kepada pemecatan Muhyiddin.. Tun mendesak Najib letak jawatan.. kenapa, sejak Mukhriz dijatuhkan di Kedah.. Tun berkecimpung semula dalam politik dengan alasan nak selamatkan Malaysia ������ Tun bijak menggunakan peluang yang ada.. dengan mengumpan Muhyiddin Yassin... Kemuncaknya, bila wartawan tanya, siapa yang akan ganti Najib sebagai PM?... Dah Tun pun cakap TPM la.. Muhyiddin Yassin ��.. bila balik dari oversea, terus menentang Najib dan di pecat.. ��.. Muhyiddin ibarat buah catur bagi Tun.. tapi sekarang dia telah tunjukkan Tun jalan untuk bersara.. begitu juga dengan Anwar.. adakah rancangan Tun gagal?.. tidak juga sepenuhnya.. Tun berjaya menyekat Anwar dari menjadi PM dan juga Najib.. dengan terlantiknya Muhyiddin yang tiada sengketa dan Tun yang menaikkannya, jadi sudah pasti dia tidak akan mengganggu gugat legasi Tun iaitu anak-anak Tun..ok cukup la ��

    ReplyDelete